Monday, September 14, 2009
Rebanamaya
عَنْ أَبِي أُمَامَة أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ مَسَحَ رَأْسَ يَتِيمٍ لَمْ يَمْسَحْهُ إِلَّا لِلَّهِ كَانَ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مَرَّتْ عَلَيْهَا يَدُهُ حَسَنَاتٌ وَمَنْ أَحْسَنَ إِلَى يَتِيمَةٍ أَوْ يَتِيمٍ عِنْدَهُ كُنْتُ أَنَا وَهُوَ فِي الْجَنَّةِ كَهَاتَيْنِ وَفَرَّقَ بَيْنَ أُصْبُعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى
Dari Abu Umamah sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa mengusap kepala anak yatim dan tidaklah ia melakukan itu kecuali mengharap redha Allah SWT maka disetiap helai rambut yang dilewati tangannya terdapat (dikira) kebajikan baginya." Barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim yang ada bersamanya maka saya dan dia seperti ini dan beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.
Alhamdulillah, tengok kepada blog Cik Delinn dan gambar-gambar, dan saya juga turut serta di hari kejadian tersebut, semuanya nampak berjalan lancar.
Pagi-pagi 8.30 tu aku dah call Sempoii, lebih kurang 8.45 gitu, jumpa kat Caltex, dan terus je bertolak ke Darul Izzah, Bangi. AKu selalu nampak bangunan ni kalau lalu tepi PLUS highway nak balik ke KL (arah Sg Besi) . Tapi, tak pernahla jugak sampai ke Darul Izzah ni, so, aku pun amikla gambo map ni yang diattach oleh Cik Yam kita tu, sebagai panduan dikala perjalanan. cewah.
Kuharap co-pilot ni tengokla map sambil jadik penunjuk arah, tapi, ceh, penyudahnya mek jugak baca map tuh. Dassar taw.
Time aku baca map tu, kenala berenti sekejap kan. Yang besnya, aku berenti tu sebenarnya depan Masjid Assolihin tuh. Dah sah-sah baca map pun tak perlu okey.
So, kitaorang parking dalam masjid, sebab katanya kena parking situ kan. Sesambil tu, Poii calling calling Limah, cakap dah sampai dsb, dan Limah kasik direksi arah masuk ke Darul Izzah tuh. Sempat jugak kitaorg shopping depan kedai simpang Darul Izzah tu, sambil tolong abang kedai tu bukakkan kedai lagi. Huhuhu.
Sejujurnya, this is the first time ever aku pergi melawat rumah anak-anak yatim nih. Kira sebelum ni tak pernah pun. Kalau masa sekolah kat Perak dulu, ada melawat "Hospital Bahagia" kat Tg Rambutan tuh. Memang bahagia semua orang kat situ. Yang dah ok pun still tinggal situ jugak, sebab family semua tak mau jaga. Kesian kan.
Ok, berbalik kepada rumah anak yatim nih. Kalau tak kerana geng geng reban ni gorganize, aku tak pergi ke sini kot. Entah bila hati ni tergerak nak buat amal macam nih. Terima kasih semua AJK, disamping buat pahala bantu anak yatim nih, korang pun dapat pahala mengajak orang orang macam aku nih buat amal ni jugak. Semoga Allah dapat membalas budi kalian. Amin..
Sampai-sampai rumah tu, tak terasa apa sangat, sebab nampak macam asrama, ada dorm dorm bagai. Tapi, bila diaorang dah berkumpul, yang kecik-yang besar, tetiba hati aku jadi sayu sangat. Kecil-kecil dah kehilangan ibu bapa, terpaksa menjaga diri sendiri, tak dapat rasa kasih sayang ayah dan ibu membesarkan, menyekolahkan, the joy of being together as a family. Sungguh beruntungnya diri ini, masih ada ibu bapa, masih ingat keseronokan membesar tu, walaupun tanpa kemewahan, tapi serba cukup, nak belajar, nak itu ini, ayah ibu usahakan. Semoga kita yang masih ada ibu bapa ini, selalulah menjenguk ibu bapa, kalau tak dapat balik selalu tu, selalulah telefon bertanya khabar.
Aku perati wajah budak tu satu-satu. Nampak mereka macam biasa je, ada yang nampak nakal, ada yang pemalu, ada yang happy-go-lucky , tapi, deep down inside sebenarnya mesti mereka ni sedih, tak dapat aku gambarkan kehidupan mereka tanpa ayah dan ibu. Sedar tak sedar, Si LB tegur, "Elf, ko sakit mata ke"? Huhuhu.
So, aku takleh interaksi terus dgn budak budak nih, aku kena kuatkan diri dulu, so, kenalah dapatkan sedos gossip bersama Makcik Limah dengan pasang penyangkut kat langsir tuh. Ekeke..Dapat gossip seround dua, baru aku naik tingkat atas, tolong mana-mana bilik yang perlukan pertolongan. Ada yang mengemop, ada yang menyapu, ada yang tukar cadar, memang meriahlah, baru rasa feeling raya gitu. Lagi-lagi lepas pasang cadar dan langsir baru tu. Patutnya ada gambar "before-after" lah. Baru nampak transformation tuh. Tapi, aku rasa, tilam , bantal memangla kena tukar dah. Hari tu tak masuk dalam senarai ek? Kesian tengok diaorg tido atas bantal yang bukan habis peta dunia nih ada, aku rasa peta satu galaksi pun ada dalam tuh. Bantal , tilam semua dah lunyai. Maybe, next time, boleh sponsor tilam bantal dan lagi bagus, katil baru, kot?
Tapi, aku takleh lama, dalam pukul 1.00 gitu aku dah gerak balik umah. Biasalah, kewajipan sebagai umat kena buat, kewajipan sebagai isteri lagi kena buat kan..huhuhu..
Apa pun, dikesempatan ini, terima kasih sekali lagi kepada AJK yang susah payah kerana menganjurkan aktiviti ini. , yang jauh, yang dekat, yang di alam web, u guys are the best!! Insya-Allah, kalau ada masa, kita boleh buat lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment