New Moon.
Ok, so I watched it , yesterday, with my OH. Simply because I needed to know what the buzz is all about. (And also, I have read all 4 books of the Twilight Saga and I was kinda anticipating it. Pathetic, kan..)
Ini semua salah radio yang dok bising pasal R Patz nih. Aku pun tertengokla cerita Twilight selepas didonload legally.
First thing I thought about Twilight was it was so lame, slow nak mampuih, ada part yang terlalu cepat, tak sempat nak build up the character,but of course it was the Cullens that kept me going till the movie is finished (Sebab diaorg macam EpPepor..ekeke). Perasaan tak puas hati tu menyelinap, menyebabkan aku nak baca novel tu sendiri , dan tengok kalau kalau jalan cerita lebih smooth. Memangla kan, susah nak masukkan semua dalam buku dalam movie yang 2 jam je.
Ok, buku dia sangatlah teenager punya stylenya. Jalan cerita yang saaaaangat mudah, takdeler twist-twist banyak mana (tak macam Nur Kasih..ekeke). Tapi, apsal ko baca sampai abis 4 buku? Bes sangat ke? Abis, aku dah baca dari awal, kena la tau ending dia, kalau tak, takleh tido. Terpaksala beli semua buku.
Apa yang aku boleh kata pasal buku dia nih, betul cerita Stephenie nih "macam" amik cerita dari orang lain, tapi, dia baiki dan dia olah balik jadi cerita dia. Vampire dia bukan Vampire yang typical. Sebab takde keranda, takde mati kalau kena sunlight, etc. Vampire ni benda tercantik didunia, takkan menjelma jadi binatang huduh ke hapa.(Which I tot that its kinda sick, the way she put it lah.) Influence yang tak baguih kepada anak anak remaja, yang rasa jadik hantu nih bes. Ekeke.. Ok, aku paham, ni cerita jeeee..
Lepas tu bercinta dengan org biasa, * ehem pernah dengar banyak cerita pasal alien bercinta la, hantu bercinta la, cinta terhalang..* Isabellaaaa adalahhhh kisah cinta duaaa duniaaaaa*
Haha, sesuai kan, lagu tu jadik soundtrack, nama heroin dia pun Isabella.
So, berbalik kepada cerita New Moon nih, ada penambahan monster , iaitu werewolf pulak. Samala werewolf yang diperbaiki versionnya. Bukannya macam nampak bulan je terus transform, tapi, dia akan transform bila bila perlu, dan jugak akan berubah bila diaorg naik marah, (kena pergi kelas Anger Management nih). Tang ni aku terus terpikir, character dia macam Hulk, marah je , koyakle baju, transform jadi giant,kecuali kali ni monster yang penuh bulus..ekeke.
Tu yg aku cakap, aku baca buku dia nih, aku mesti terpikir character lain yang lebih kurang sama, atau jalan cerita yang lebih kurang sama. Boleh katakan, cerita dalam buku dia nih macam a cocktail of superheroes n monster n other author's storyline. Jangan marahhh a peminat setia , teenagers, n Twilight Moms yaa...
Panjang dah aku tulis ni, korang larat baca ker?
So, kali ni, Edward tinggalkan Bella dek sebab-sebab yang agak bodho. Kalau takut dia ni tercedera ke, hapa ke, geget je la Bella tu, tukar jadik Vampire abis cerita. (Kalau tak pun, geget je ahkak..hehhe)
Tapi, kang abis cerita la pulak. Kononnya Edward ni lelaki gentlemen, yang ikut budaya adat resam dari dahulu kala. Soul kena jaga, etc. Ok, ikut jela, kang camno lak nak ada 4 buku, kalau first book je dah geget. Hehe.
Bella, abang pergi bukannya lama, masuk movie menet ke60 lebih, abang baliklah..
So, bila Bella ni kena tinggal, dia carik balak lain..ekeke.(Iaitu Jacob) Balak lain itu juga mesti agak hensem, dan sangat kuat jugak. Terukla Bella buat Jacob, orang tu dah naik syok kat dia, bila balak lama (Edward)datang jeee, terus tergedik gedik ngan balak lama. Walhal balak lama dia yang tinggalkan dia dulu. Huh, kalau aku, selamat jalan, Romeo! Aku ada boipren yang lagi bes, yang tak sejuk bedi cam ko..Yang suka ati je tinggalkan aku, pastu nak balik semula.! Huh!
ekeke..
*Jacob, kenapa ko bukak baju semata-mata nak lap darah aku? Baju ko kan kotor, terukla luka aku nanti kena infection. - Salah tempat nak tunjuk tererr daaa*Tapi, takpe Jacob, gadis gadis pervert diluar sana mesti tengah menjerit kesukaan.
Bila Bella kena tinggal, dia pun jadik weng jugak, sanggup buat benda bodo dan reckless, terjun tebingla, sampai Edward ingat dia dah mati. Kemdian cerita tu dah jadik cam Romeo n Juliet lak, bila Edward fikir, Bella dah mati, dia pun nak ikut mati. *Ko bukan dah mati ke*. Dah sibuk pulak Bella nak selamatkan dia dari mati itu.
Argh, time nak cepat nilah, sakit perut lak..
Edward : Haiyaaa, idup susah , mati pun susah, mati lagi pegang bendelaa*
*Abang Edward, kenapa abang tak pakai baju macam Jacob? Abang pun nak tunjuk jugak ke?*
Ok, pasal CGI pulak. CGI dia ofkos lah yang melibatkan adegan transformasi wolf, adegan kejar mengejar wolf terbabit, dan juga ketika geng geng wolf itu melompat tebing. Ekekeke, macam katun. Tapi, ada kalanya , CGI dia superb, adakalanya macam cheap gitu. Aku tak paham, diaorg tak cukup masa ke, apa ke, tatau. Aku suka part diaorg kejar Victoria, tang wolf sesama wolf bergaduh tu, dan aku rasa part part yang bes dalam cerita tu yelah bila ada adegan oleh wolf tersebut. Part lain, lemau..( Eh kejap, part paling bes yang tu ke, atau bila Jacob bukak baju dan menayangkan pek-pek yang jitu..ekekkee)
Oii, balikla, pakai baju.
Tang ni, aku rasa macam eksplotasi terhadap kaum Adam. Tapi, ada aku kisah? ekekeke. Kalau time Transformer, tengok Megan Fox berlari lari tu , kaw kaw aku kutuk ek. Kali ni tak kutuk pun? Biasala kannn. Cuci mata. *Jeling Cik Uci. Ailebyu poreber..hehe..
Jangan tanya aku pasal character diarg, dan cemana diaorg berlakon, berkesan ke tak, ke , aku tak perasan, aku bukannya pengkritik lakonan..Ekeke. Cuma aku dapat rasa Taylor Lautner (bila dia tak tunjuk torso-torsonya itew) , sangat pandai berlakon. Bila dia ada , baru rasa movie tu lively. Oklah tu. Yang lain, semua sejuk bedi. *Edward , cuba cakap laju sket, cuba bukak mulut sikit, dalam mulut ada berlian kerrr*
Vampire kali nih, The Cullens baruuula nampak macam hantu. Masa Twilight dulu, The Cullens disolek macam orang pakai tepung gomak. *Ini cat ke kapor? - Bedak tuan*
Aku rasa sebab mata diaorglah. Nampak lagi creepy. They're all beautiful, but creepy. Kudos on that. Cuma, kenapa Jasper macam huduh? Nasib baik, as usual, Alice (Ashley Greene) sangat comey. Suka tengok dia..
*Pegang aku!Pegang aku!Aku nak geget nih!
Apa lagi ek, kalau macam aku dah baca cerita , aku tak berapa perasanla movie tu slow ke, hapa ke, sebab aku nak tengok the visualisation of what I've read in the book. Tapi, aku rasa, utk yang tak baca buku tuh, mesti kata, slow, mesti kata, apahal tak banyak action? Banyak cheesy moments, etc. Dah kata teenage romance kan.. Kenala ikut, dek non.
Apa pun, kalau korang nak tengok, ok je. Takle bazir sangat duit tiket tuh. Tapi, kpd orang yang kata, "Move aside Harry Potter, here comes Twilight" tu, sangatlahhh tak sesuai. HP punya adaptation kat movie bergannndaaa besss dari Twilight tuh..:-)
No comments:
Post a Comment