Lelong lelong lelong!
Tora datang lagi dengan permainan gasing berpusing!
Kali ni mek nak jual benda yang besau. Benda yang nak dijual ini sebenarnya adalah sangat sayang sekali mau jual. Waaaaaa..!
Cik Uci kata, aku punya perangai ni masa jual yang dulu tu pun camni. susah nak let go.
Saya tak mau lagi pakai kereta ni bukannya apa, sebabnya yelah, kenapa mesti ada dua keleta di lumah kalau lu pakai satu saja. Adalah sangat membazir okey. Anda juga sudahla puas membayar instalment berbulan bulan.
So, kalau ada yang mau, silakan beli, atau war warkan pada kawan-kawan, kalau korang dapat buyer, mek kasik komisen.
Adalah dimaklumkan bahawa bertuah orang orang yang dapat second hand car dari kitaorg. Sebabnya, Cik Uci adalah sangat mementingkan keselesaan, mesti service tepat waktu, kalau tayar baru start nipis (belum botak lagi), dah ganti, asal ada rasa tak sedap sikit, bunyi sikit, ke teruss cari apa sebab dan baiki. Kereta ni masih lagi nampak cantik menarik tertarik kau memang da'bomb.
Engine mounting sudah tukar, timing belt sudah tukar, tayar ni pun baruuu je tukar, wax entah dah berapa kali,brake pad, dan lagi barang barang dan parts lain yang sentiasa ditukarganti bila dah sikit rosak.
Pendek kata, kitaorang dah tukar banyak parts kereta ni sejak dibeli (iaitu pada tahun 2005)supaya kereta ni sentiasa nampak dan rasa macam baru beli. Tukang drive kereta ni pun memang jenis yang sayang kereta, bukan jenis hentam keromo bawak kete.
Kereta ni namanya Kia Optima Auto 2.0 (Novus Edition)Novus ni maknanya dia dah kasik mekap baik punya. Skirting cantik,ada spoiler,15'sport rim cantik punya, leather seat,DVD, CD player dengan monitornya sekali, lowered sikit, tapi, sikit je , takle sampai lalu kat bendul pun kena slow gila. Sun roof pun ada, boleh bukak untuk mendapatkan Vitamin D di waktu pagi..hehehe..
Milleage : Dalam 160,000.00
Harga awalan : RM48,999.00
Tahun beli : 2005
Kaler : Diamond Silver
Tolong war warkan ya! Kalau ada nak contact : 019-2272757.
No comments:
Post a Comment