Abang Bert pun belum tentu dapat jawap ini teka teki...
Mintak hampun dan maaf ya Cik Bedah..(Itu nama makcik sedara aku!Hehehe)Lama tak berhapdet , kan?
Oklah, inilah jawapan kepada soklan soklan tekateki ntahapahapa tuh. Perlu diingat disini, jawapan adalah muktamad, segala rayuan, rengekan, dan godaan tidak akan dilayan. Saya layan Cik Uci saja, harap maklum.
Oklah, tampa membuang masa lagi:
Soklan Pertama :
Banyak - banyak burung, burung apa yang paling kurang ajar?
Jawapannya , seperti yang dijawap oleh Abang Poii, sangat tepat walaupun jawapan kenapa burung itu adalah jawapannya ada sikit lari. Tapi, takpe, masih boleh diterima .
Burung belatuk. Dia kurang ajau sebab, kalau orang tanya nama dia siapa, macam ni : " Eh, burung , siapa nama kao?" Dia akan jawap, "Belahh Tuuk!!" Kalau kita yang muda-muda tanya ni takpelah jugak, kalau atuk kita yang tanya? Sungguh kuwang hajar itu burung, dia suruh atuk kita tu blah. Itulah jawapannya twan-twan dan pwan-pwan sekalian yach.
Abang Poii : 1 markah
Cik Waiem : 0 markah
Cik Vad : -1 markah (sebab tak jawap soklan)
Cik Ijip : -2 markah (aku suruh jawap soklan, ko cakap pasal nandung , pehal)
Cik Ted : beribu ribu darham (sebab suruh apdet)
Soklan kedua :
Antara kereta dan motor, yang mana lebih tua?
Jawapannya : Pun jugak Abang Poii berjaya meneka dengan tepat dan jitu. Waiem juga berjaya mendapat satu markah pada kali ini. Motor lah, sebab dia pakai tongkat.
Abang Poii : 1 markah
Waiem : 1 markah
Yang lain-lain disqualified sebab tak jawap soklan. ekekeke..
Soklan ketiga :
Banyak-banyak binatang, binatang apa yang suka menembak?
Jawapannya :
Tiada siapa pun yang kena, saya menang lagi lahhhh.. Jawapannya ialah Kambing. Kenapa? Ada ke patut, dia sibuk panggil orang datang kat dia, pastu dia tembak.
Dah le speaking London kambing tuh.
Cam nih: "Come!" Sekali orang datang, dia pun "BENG!"dia panggil lagi, Come! Beng!
So, kambinglah binatang yang suka menembak ya.. Hahahaha..
Abang Poii : 0 markah
Waiem : 0 markah
Maka , markah keseluruhan, Abang Poii menang dengan 2 markah!!!! *Tepuk*tepuk*
Kepada Abang Poii, sila claim hadiah di kedai Stabak yang berhampiran. Eh? Stabak ko dah allergic ke tak, sejak kejadian kehilangan itu?
Untuk Ahdek Waiem, kita akan bersummit summitan nanti. Calling calling yach..
Sekian, majulah teka teki untuk negara, kelentong didahulukan, afkaro diabai jangan.
No comments:
Post a Comment