Thursday, May 6, 2010

Teka Teki Teka Tekuk

Iya, tuan-tuan dan puan-puan, para dermawan dan hartawan yang makan dipinggan, minum di chawan.

Kembali lagi ke segmen bersama makincek, iaitu teka teki teka tekuk, lepas bagi jawapan teka teki, mesti aku kena lekuk.

Soalan teka-teki ini adalah daripada sumber teka-teki paling dahsyat di donia. Tetiap hari sentiasa ada teka teki yang ditanyain oleh sumber tekateki yang tingginya hanya 120cm dan beratnya 20 kilo ini. Iya, kebanyakan teka teki yang ditanya tetiap hari ini adalah rekaan awek kecik molek ini juga, harap maklum. Mana tah dapat idea ngarut nih, tak dapat diketahui.

Teka-teki yang akan dipilih untuk kuiz kali ini juga telah ditapis yang mana teka-teki yang mengarut dan tak logik serta kurang mencabar akan dibuang bulat-bulat. Sebagai contoh, soalan seperti , " Banyak-banyak burung, burung apa yang orang takut?" Jawapnya burung hantu la. Satu lagi contoh soalan yang makincek taknak pakai juga ialah , "Banyak-banyak ular, ular apa ada dalam mulut?" Dah sah-sah, jawapannya senang je, Lidah. Soalan itu juga, telah memberi ilham kepada Cik Uci yang perv. untuk menanyakan makincek satu soklan yang sungguh kureng iaitu, "Banyak-banyak ular, ular apa ada dalam seluar?" Sungguh hampeh jawapannya u ols.


Ok, siapa dapat jawap teka teki ini, seperti biasa, makincek akan belanja lah. Air stabak, atau gloria jeans atau san francisco coffee atau air kopi kedai mamak. Eh, Cakap pasal belanja, aku rasa , teka teki dulu ada orang yang masih belum dapat aku belanja. Arc ke ek? Bila kalanya nak jumpa.

Ok, berbalik kita kepada teka teki tersebut, soalannya berbunyi begini ya Cik Bedah dan Abang Leman.

Soklan Pertama :

Banyak - banyak burung, burung apa yang paling kurang ajar?

Soklan kedua :

Antara kereta dan motor, yang mana lebih tua?

Soklan ketiga :

Banyak-banyak binatang, binatang apa yang suka menembak?

Mereka yang anggun dan kacak saja yang akan dapat meneka dengan tepat. Selamat mencuba!

No comments: