Seorang ibuk sedang memasak di dapur. Di satu tungku, kuah ikan masak sambal sedang menggelegak. Di satu tungku disebelahnya, kuah ayam masak kicap sedang mereneh.
Tetiba, seorang anak kecil berlari ke dapur, "Mama, nak cengkodot!" Ibunya menjawap ringkas, "Ok."
Anak kecil itu berbicara lagi, "Mama, nak cengkodot!" Sang ibu, menjawap , masih bersahaja sambil tangannya sesekali mengacau kuah-kuah sambal dan kuah kicap, "Nanti Mama buat, ya".
Si anak masih tidak sabar, dan-dan tu jugak dia mau, "MAMAAA! EPAN NAK CENGKODOTT!". Si ibu, yang kesabarannya kengkadang agak nipis, terutama bila perut lapo (huhuhu), terus menjawap sambil menjegilkan matanya, " Iya la! Nanti Mama buatkan, dapur dah penuh dah nih!"
Si anak get the message dan terus naik ke tingkat atas tengok TV bersama kakaknya. Hehe. Kena gertak sikit, baru takot ko, ya.
Nah , makanya, kali ini resepi yang ringkas banget untuk tontonan umum, rated U, tak perlu parental guidance, grafik ada, tapi tak graphic. hahaha. Paham kalu?
Iya, cengkodot itu yelah cekodok atau jemput-jemput, bahsa Johornya. Sebab itu mamat masih lagi agak kepelat-pelatan gitu, maka cengkodot jadiknya. Mungkin ramai yang dah tau bahawa cekodok ada petuanya untuk jadikannya lembutt gitu. Bila lama masak pun, masih tahan lagi lembutnya dan sedap. Unless lah komer suka yang keras meletup gitu. Bancuh dia bukan sekadar tepung, telur, air dan garam sahaja puan-puan ya.Ada petua tertentu, yang diturunkan oleh bonda hamba.
Mari kita mulai :
Bahan-bahan yang diperlukan ialah 3-4 senduk besar tepung gandum, terpulang kepada berapa banyak nak buat. Campurkan jugak satu sudu teh garam atau secukup rasa masin.
Disinilah terletaknya kekuatan Hang Tuah! eh, kelembutannya cekodok ni nanti ya, bancuhkan dengan air panas menggelegak, yang baru je siap dimasak ya. Tak perlu banyak-banyak macam nak bancuh biasa, sebab nanti kita nak masukkan telur ya, agak-agak je, bila gaul-gaul tu bergentel je tepung tuh. *Apsal munyik lucah je nih*
Lebihan air panas tadi itu juga ada lebih baik kita masukkan ke jag bancuhan teh . Ekekeke. Teruss je buat air sekali ngko.
Ok, bila bancuh ngan air panas, bentuk muka bumi dia memang jadi gini. Bergentel-gentel tak cantik. Takpe, jangan panik , jangan meracau tak tentu hala, sambil menepuk-nepuk dada *Vaaa!Vaaa!. Ini petanda baik, maknanya bancuhan anda menjadi.
Disini, anda boleh start menggunakan imaginasi anda, kalau anak anda macam anak aku, memang aku masukkan telur je, dema tak layan cekodok bawang, ikan bilis atau sebagainya. Anda bolehlah masukkan di ketika ini, bawangka, ikan bilis, sayur kuchai, ataupun kentang yang dipotong dadu pun boleh tau.
Time ni, mungkin konsistensi kelikatannya masih sangat tinggi, maka,bolehlah dimasukkan air sejuk biasa untuk mencairkannya. Seterusnya, kacau bancuhan itu secara melawan arah jam (ikut sunnah) . Sesambil nak tunggu bancuhan itu sekata cairnya, ada lebih baik, puan-puan panaskan minyak masak. Sama lah jugak, ini semua time management nih. Kalau hang tunggu abis bancuh baru nak panaskan minyak, menganggur la kejap, sebab kena tunggu minyak panas.
Beginilah konsistensi kelikatan yang sesuai ya puan-puan. Kelikatan ataupun viscosity menurut Teori Newton's Law of Viscosity, pada suhu 20 darjah Celcius , ia hendaklah berada dalam range 3.5-5.0 cP , yach. (Iyolah tu, makincek) Atau dalam bahsa cik bedahnya, bila ko angkat sudu tuh, dia tak turun dengan cairrrnya, tapi macam tersekat-sekat gitu. Ingat jangan cair sangat, korang bukan nak buat lempeng! Hik hik.
Akhir sekali, pabila minyak telah panas, masukkan bancuhan itu satu sudu-satu sudu *tiga pinggan jugak habis* sehingga memenuhi kuali itu. Angkatlah pabila ia bertukar menjadi
Teruslah jerit panggil anak anda turun makan, dan lihatlah cengkodot itu hilang dalam masa 0.001 ms. *Kita saksikan dengan gerak tayang perlahan*
Samat menchoba!
No comments:
Post a Comment