Tuesday, August 17, 2010

Have I lost my sense of humor?

Or maybe I haven't lost it. I just misplaced it..

Hilang mungkin tak sepenuhnya kot, maybe , sebab usia bertambah nih, kita punya gurauan tak berapa gila-gila la kot.

Dulu, sikit punya benda pun boleh dijadikan bahan lawak. Ada je idea merapu tu keluar. Sekarang nih, bila orang cakap lawak pun, aku anggap serius, bila orang cakap serius,aku lagila serius. Huhu.

Contohlah, conversation nih :

A : Susah betul nak dapat parking time macam nih.
Aku : Itulah, ko bawaklah moto ko tu, letak kat opis, senang nak pakai , parking pun senang.

A: Abis takkan kita nak naik berdua? (Dia adalah lelaki u ols)
Time nilah selalu aku akan buat lawak, lawak bodo macam : "Kalau gitu, kita naiklah bertiga!"

Tapi, sekarang nih, aku kan je jawap, " Hmm..iya jugak" . Sambil berenti cakap dan tak delah buat lawak apa-apa.

Itu baru satu contoh bodo je u ols. Ada lagi contoh lain, yang aku perasan kalau aku cakap sekarang nih, aku takkan lawakkan lagi. Adakah aku sudah kehilangan sense of humour itu? Ataupun, sekarang lawak dah jenis lain, tak main lawak slapstik cenggitu, eh.

Saja pulak terpikior. Ataupun kerana separuh nyawaku berada di Miri? Yang lagi separuh itu, lagi terer bab melawakkan dan mengusik orang. Mungkinlah kan..

No comments: