Thursday, August 12, 2010

Puasa semalam

Hari puasa dah pun mula semalam yek. Ramailah yang start puasa semalam, termasuk Cik Mira.

Cik Mira sikit punya semangat tuh nak puasa ini tahun. Seminggu sebelum puasa, dah dok membilang hari, tanya bila nak start puasa. Sehari sebelum puasa, dengan berkobar-kobar cakap, "Mama, malam ni kita baca doa puasa sama-sama tau, esok Mira nak bagun pagi sahur".

Si Mira ni punya excited, pukul 2 pagi dia bangun. Lepas tu, pukul 5 lebih pun bangun, boleh pulak dia yang kejut aku. Ekekeke..

So, pagi tu sahur dengna lauk malamnya, yang aku masak sempena dia nak berpuasa itu kan, makanan favourite dia, Nasi Tomato dengan lauk ayam masak merah. Masa malam tu makan bukan main selera, 2-3 kali tambah nasik.

Bila pagi sahur tuh, masa mula-mula muka nampak selera, tapi, penyudahnya habis 4-5 suap je. So, aku suruhlah makan koko crunch, minum air milo, air masak banyak-banyak. Risau lak kalau tak tahan lapo budak tu.

Time gi keje, banyaknya umat atas jalanraya , Ya Rabbi. ni mesti semua kes bangun sahur terus siap siap gi keje. Selalu tak ramai macam ni, time-time aku gi keje.

Time keje, kepala dah pikir nak makan apa time buka nanti. Bukan untuk tekak sendiri, tapi untuk tekak Cik Mira la. Awek tu, makanan favourite dia senang je, tak nasik ayam, nasik tomato, nasik putih dengan lauk ikan masak kicap.

So, aku decide dah, nak masak ikan masak kicap jela. Balik dari opis pukul 4.45pm. Apala opis nih, orang lain boleh balik je pukul 4. Masuk federal hiway jem yang aaaaamat sangat. Tu belum masuk yang bawak macam dah nak masuk waktu buka je gayanya. Tensen mek.

So, sampai rumah pukul 6.00pm, sempatla masak-masak lauk ikan masak kicap, sayur kobis-keret masak lemak, goreng mi sikit, dan buah semangka beli kat kedai pasar mini desa subang.

Mira pulak, bila sampai rumah, asikkk je tanya pukul berapa buka, berapa lama lagi berbuka. So, aku terpaksa guna anologi, cakap pasal time dia tak paham, so , aku cakap "Time berbuka lamanya macam akak tengok Spongebob dua kali" Hehe..

Kesianlak aku tengok minah tu melepekkk je atas sofa time tunggu nak buka. Macam aku kecik-kecik..ekeke. Lepas je berbuka, the next question dia tanya, " Ma, puasa ni berapa hari lagi baru abis?" Aik? Baru sehari puasa dah tanya bila nak abis puasa lak? Haha..Aku cakap ngan dia, ada 29 hari lagi baru abes. "Esok kakak nak puasa ke? Kalau tak larat, takpe. Akak tak payah puasa lah". Tetiba Encik Epan nyampuk, "Epan nak puasa!" Aku tanya puasa tu hapa? Dia tak tahu. Hahaha, sukati jek.

Masih gigih nak puasa jugak Cik Mira gamaknya, so pagi tadi pun senang je bangun sahur, cuma makan je masih tak lalu lagi. Gitu jelah citer makincek sehari di bulan pose nih..

No comments: