Tuesday, August 31, 2010

Sarang hae!

First and foremost, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ya.. Merdeka bukan negara je, yang penting diri tu, daripada anasir-anasir yang negatip yach.

Sempena cuti nih, tetiba terfikirlah nak buat beskut raya paling lezat n senang in the werl. Ingat masa kecik dulu, time cuti sekolah, mesti tolong mak buat kuih raya. Time tu , mak akan bukak buku resepi yang macam-macam kuih raya standard mak setiap kali raya mesti ada.

Tetiba terfikir plak, bila anak aku besar nanti pulak, bila dia ada blog (kalau ngikut macam mak dia laa) , mesti dia akan tulis. "Teringat ketika menolong Mama buat kuih raya. Mama akan keluarkan laptop, yang penuh dengan resepi kuih raya" Ataupun, "Mama akan google cari resepi kuih raya". Ngehehe.

Biskut kali ni namanya yelah Biskut Saranghae Semut.
Bahan-bahan yang diperlukan :


Cara-caranya :
1. Memula preheat oven, 150 Celcius ya.

Seterusnya, pukul mentega dengan gula sehingga kembang setaman pakai mixer. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan pula dengan tepung gandum dan tepung kastard tadi ya... Time tambah tepung, gaulkan je pakai sudu.
p/s: (Gambar recycle, perasan tak?) Kosser aku nak amik gambo lagi.  Ingat sonang ke nak amik gambar dengan satu tangan, satu tangan lagi pegang mixer? Ekeke.. Nak kena beli mixer yang stand yang canggih tu lah..

Ok, bila dah tambah tepung, uli-uli sket dan bentukkan jadi doh sebesar segenggam jari penumbuk anda. Ini terpulang ya, mengikut kepada saiz penumbuk masing-masing. Kemudian, seperti digambar, parutkan doh tadi. Tu yang takleh doh tu lembik, kang parut melekat jek. Lepas diparut, rupanya peroi-peroi akan-akan sarang semut gitu.
Sepatutnya, rupa bentuk muka bumi dia cenggini a...
Kemdian, bolehlah kita panggil buruh-buruh bawah umur nih, yang dengan rela hati dan girangnya, akan menolong kita memasukkan hasil parutan tadi kedalam cawan-cawan kertas yang kecik. Tengok tu, menyeringai happy dapat main masak-masak. Feeling-felling main playdoh le tuh.


Bolehlah juga, kita hiaskan diatasnya chocolate rice, atau manik-manik urai, sebelum di bakar dalam oven. Bakar dalam oven tu pada suhu 150 Celcius selama lebih kurang 15 minit. Sesambil tu, boleh jugak bukak radio untuk dengar lagu raya supaya datang semangat nak terus siapkan buat kuih nih. Sekali buat, no turning back u ols.


Rupa biskut sarang semut setelah siap dibakar. Nampak tak sebelum bakar ngan lepas bakar, samaaa jek. Jangan silap pulak nanti masukkan dalam balang. Kang yang tak masak tu pulak korang masukkan.

Biskut sarang semut versi melayang-layang.. huhu..

Lepas dah cool sikit, simpan dalam balang. Tutup ketat-ketat ya, jangan bagi semut masuk. Semut memang pantang nampak nih. Marah beno dia, sebab tak bayar royalti nama kat dia katanya. Kes ni pun dalam court tak settle lagik. :-p

Selamat mencuba!

Signing off ,

No comments: