Sunday, August 29, 2010

Buah Kurmak!

Sekarang ni dalam email, macam-macam email pasal McDonald haramlah, ayam kat Tesco, kat Giant haram, ini semua takleh makan, kopitiam tak halal, dan macam-macam lagi. Kadang tu , kita yang selama nih, ok je, ataupun , mungkin jugak, tempat tu sebenarnya memang ok, tapi, sebab email-email tu, kita jadi was-was. Sila tengok website JAKIM bebetul, jangan tengok gambar yang disnap dalam email, untuk lebih kepastian.

Buah kurmak! Dia tulish bistik kat kedai Kopitiam Ah Seng Coca Cola tu harammm da!

Kalau nak halal betul, kena pergi ladang ternak ayam la pulak. Beli ayam hidup , kemdian sembelih. Tapi, siapa yang pandai sembelih zaman sekarang nih?* Pak Nyong pun dah takde*
Pak Nyong sudah berniaga manusia daa..Meniaga manusia lebih untung dari semelih ayam. Wow!

Saja nak suggest kat semua, kalau yang bebetul risau tuh, pergi je ke mana-mana pasaraya halal. Macam yang ini- Pasaraya Metamorf yang beroperasi di Pantai Dalam.

"Pasaraya Metamorf adalah sebuah pasaraya milik penuh bumiputera yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian terutamanya produk halal keluaran bumiputera. Selain menawarkan harga yang berpatutan, kami juga ada memberikan diskaun untuk pelanggan kami." - Kata pasaraya tersebut, dipetik dari website dema.


Cara nak gi senang je. Biasa tak makan nasik kawah Pantai Dalam, atau nasik kedai Kelantan, dia jalan yang sama lah. Paling senang pergi ke arah stesen komuter Pantai Dalam. Dia terletak kat sebelah kanan , depan deret-deret kedai, sebelum lalu bawah flyover, sebelum stesen komuter Pantai Dalam tu. Kedai tu korang tak perasan sangat sebab gambar dia dah lain dari yang kat atas tu.



Rupa dia macam ni kat depan. Jual barangan terutamanya produk halal keluaran bumiputera. Takyah was-was dah. Dia dah taking care semua barangan halal je.

Pakai baju bebek takleh masyuk, tau. Orang tukang beli pun kena halal gak..hehe.
Hari-hari dia bukak dari 7 pagi sampai pukul 8 malam.

Barangan semua , hatta rempah ratus semua jenama dan buatan Muslim.

Jangan harap nak carik Majalah Mangga kat sini *jeling Vad* Semua yang Islamik sajork.

Makincek sekarang beli barang basah sini je, sebab dekat ngan opis, time lunch tu, lari kejap, pastu simpan dalam peti ais opis. Petang baru bawak balik. :-)

Signing off,

No comments: