Friday, August 27, 2010

Tarikh sebenar Lailatul Qadar Ramadhan 1431 (2010)

Tazkirah sikit Hari Jumaat ya. :-) Ini lebih untuk ingatan diri sendiri, kalau tak cakap, tak ingat , tak kisah nak perbaiki diri yang memang tak berapa betul nih, tak sibuk nak buat kebajikan. U ols tumpang bacalah, kalau ada yang baik , ambil. Wallahu'alam.  

Kita semakin menghampiri 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Banyak artikel-artikel yang boleh dibaca untuk meningkatkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan seperti disini, disini, atau disini.

Tapi, ramai pulak yang minggu-minggu terakhir ni, sibuk pergi membeli-belah, sibuk buat kuih raya, sibuk kemas atau mengecat rumah di waktu malam. Makincek, jangan sibuk buat kueh je..huhuhu.

Ustazah, kawan mak mertua saya pada suatu haritu, ada pesan kat saya, " kamu tak payah masak-masak, pergi beli kedai je. Masa tu isi dengan buat amal ibadah bulan puasa nih". Insya-Allah Ustazah... Tapi, kalau kita masak untuk keluarga, pun amalan jugak, kan Ustazah? Anak-anak dan suami makan makanan yang terjamin kebersihannya dan kesihatannya..Huhu..

Ustaz masa aku gi terawih satu malam tu, ada jugak pesan. Kejarlah pahala dengan sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan, sebab katanya, "ini bulan bonus!"  Bukan kerja je dapat bonus u ols, pahala pun ada bonus.

Time nih, berganda-ganda pahala kita dapat kalau buat ibadah, bulan biasa tak tentu lagi. Ustaz ni pun memang lawak betui. Dia bagi tazkirah ni lepas sembahyang terawih abis 4 rakaat. Aku dalam hati, ingat nak balik awal je, *teruk tul perangai ambe*. (Lagipun si Ncik Epan susah tul nak kasik dia duduk elok dekat tempat kita sembahyang.Asik berlari dan pusing-pusing golek golek atas lantai)

So, bila Ustaz bagi tazkirah tu, hati dah kata, lamaaaala nih. Tapi, nasib baikla Ustaz ni sempoii betul. Lawak pulak tuh, seronok pulak dengar dia bagi tazkirah.

10 hari terakhir juga digalakkan tingkatkan amalan , sebabnya ketika ini besar probabilitynya malam Lailatul Qadar akan ditemui.

Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Beribadah dengan penuh konsentret, penuh taat, penuh rasa keinsofan, berdoa adalah sama dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu lain.83 tahun 4 bulan tu. Ada korang pikir boleh hidup lama dari 83 tahun? Lainla Nek Wook. :-)

Nek Wook di saat-saat bahagia. Husband dia masuk pusat serenti balik kan? Kesian dia. Eh, teralit plak.


Pada malam itu juga, malaikat turun, termasuk Jibril ‘alaihis salam. Mereka turun memberi salam kepada orang yang beriman, yang melakukan qiyamul lail, yang tak membute malam tuh.

Allah menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya: “Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar” (Al-Qadar: 5)

So bila tarikhnya? Wallahualam. Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi, yang bagusnya, Rasulullah s.a.w. ada bagi tips-tips mencari malam Lailatul Qadar ini dan tanda-tandanya. Cayolah.

So, apakah tanda-tandanya? Seperti yang Ustaz tazkirah aritu cakap,

Malam itu terang, tak panas, tak sejuk, nyaman je, langit terang, tapi tidak berbintang. Esok pula, matahari memancar, tapi tak terasa bahang panasnya.  

Rasulullah s.a.w pernah bersabda ,“Pada saat terjadinya Lailatul-Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”

So, elok juga pada malam itu, baca doa nih,


 اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

[Alloohumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Anni]- Just in case tak berapa terang ayat tuh, jangan plak baca yg rumi je, kang tak betul tajwid . Panduan je.

Bermaksud “Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Pemaaf, Engkau senang memaafkan kesalahan maka maafkanlah aku.”

Kalau tak dapat berjaga malam sampai lewat pun, masuk Maghrib je, dalam hati tu , sentiasa la baca doa nih. Lepas sembahyang, lepas tidurkan anak, lepas baca Quran, ingat untuk berdoa.

Mudah-mudahan kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Amin.

Signing off,

No comments: