Wednesday, February 27, 2008

Yuk!

Pada masa dahulu, saya berjalan-jalan melompat lompat dari satu blog ke satu blog orang yang lain.

Tiba-tiba, saya ternampak satu entry yang menggiurkan. Ianya telah melimpahkan saliva saliva dari kelenjar salivary.

Tiba-tiba, saya sangat teruja untuk mencubanya. Makanya, saya telah menganjurkan satu cadangan lawatan berbayar oleh cik uci ke tempat tersebut.

Kemudian,saya dan ncik uci, dan cik mira, dan ncik ipan telah pergi ke Lengkung untuk mencubanya.

Tiba-tiba, saya terus saja memesan banyak, dan sungguhla saya berpuas hati dengan rasanya, sungguh sedaaappp...*Bistik ni sedap, abang! Kalao abang tak mao makan, saya pon tak mao makan..(sambil moncong molot)
Tetapi, saya cuma tidak berapa puas hati dengan harganya. The mahal u ols.


Mari-mari bapak bapak ibu ibu pemirsa dirumah, minum teh botol sosro yach..

Saya order ayam penyet, daging penyet, bakso,sambal tumis petai,sayur kangkung,dan yang paling enak yach, sambal belacan..aduuuhhhh, pedas, tapi enak banget.

Cobalah makanan-makanan yang enak dan lezat disini.

*Iklan tak berbayar betul nih..hehe..

Monday, February 25, 2008

Blogku yang terbengkalai

Tak kisahla ye u ols kan, sebab makincek tengah bizi nih...

Ni sekarang ada kat Kelang..

Sungguhla bizi sampai Jumaat nih..

Tengoklah malam ni aku update pasal Cameron yek...

Tuesday, February 19, 2008

Makincek melaporkan dari Ganu

Sorrylah kalau ada yang menjenguk bilik makincek nih tapi masihh je pengantin baru tu duduk atas lagi..hehe..

Oklah, makincek sekarang berada di Ganu, berhempas pulas buat kerja nih, sampai ke malam u ols.

Ni nak update pun sebab nak tulis ada betul ka ini yang korang order dari makincek nih..

delinn lekor losong 10 hengget
yam lekor losong 10 hengget
limah lekor losong 15 hengget
kepok ikan belum goreng 2 bungkus
makcik kepok ikan belum goreng 1 bungkus
ima kepok leko 10 hengget
deo kepok kosong segera 5 bungkus


Korang, ada betul kaaaa...

Sekian. Makincek melaporkan dari Ganu Kite...

Saturday, February 16, 2008

Slamatttt Pengantin Barewwww

(Entry ni akan berada kat atas, sehingga harinya. Entry baru kat bawah tuh, tengok le..)

Alangz and Zure ,

Kalian berdua ditemukan di Joe Perantau,
Tapi tuan rumah Joe Perantau juga yang masih tak bertemu-temu,
Tuan rumah memang melampau,
Tag orang supaya lekatkan bilikmakencik ini kad pengantin baru.

Apapun, saya ikutlah supaya alang tak sentapz,
Itu bukan kata saya, tapi kata tuan rumah,
Dah kawen nanti ikatan alangz dan zure menjadi lebih mantapz,
Semoga cepat mendapat rezeki, zuriat penghias rumah.

Dah kawen nanti korang jaga kelaku masing2,
Dah kawen , jangan buat macam cara bujangan,
Sekarang tak bolehlah tak ambil pusing,
Hal keluarga perlu didahulu-dahulukan..

Akhir kata, pesanan dariku untukmu,

Enjit enjit semuttt,
Siapa sakit naik atassssss...
Yiihaaaa!!

Hahahhaa...

Alangz, Zure, welcome to the club! Semoga berbahagia dan jodoh berkekalan ke akhir hayat!

Kad di bawah:

Wednesday, February 13, 2008

Mini Gathering

Iya, mini gathering yang kecil kecilannnn.

Tengahari nih, out of kebosanan, hantar msg kat Angah,"Angah , ko makan lunch tak?"
Hahaha.Soalan,kan.Bukannya apa, selalunya orang pempuan ni suka skip lunch.hehehe..

So, dia kata "ofkossss...tapi aku takde kete". Haaa, senangggg.harusssla aku terus pergi zasss amik dia, lepas tu bergegas ke Emkop untuk amik Abg Poii pulak. Sebabnya Angah nak amik sekali ceklat anggur yang dibuat oleh Poii tuh untuk hantaran Zure.

So, lepas tu kitaorg pergi makan kat... laaa...apa kenama tempatnya tu ek, Piko piko?Pikolo mondo? Peke Lele? Nanti aku ingatkan balik.

Aku pergi sekali dulu dengan Ted. Sedap dan cosy tempatnya. Ada makanan western dan goreng2 mee gitu.

Tapi, aku tengok Poii mandomm jek..Tak macam selalu cerianya..Hmmm...Kenapa ek? Terasa ngan aku ke? Hehehhee.

Tapi, dalam pada mandom-mandom tuh, dalam pada aku hangat bergoss goss dengan Angah, tangan dia lajuu jek abiskan makan mushroom dalam pinggan aku..Sempat gak abiskan udang kat pinggan angah.hahahahah.Hah, itulah Poii yang aku kenal.

Macam-macam la cerita tadi keluar, daripada penuh restoran tuh dengan orang, sampai tinggal kitaorang jek dalam restoran tuh.hahaha.Punyalah.

Sempat jugak aku passkan something bawah meja kat Angah.hahaha.Yelah, kan.Kalau nak bagi , orang kata, biar tangan kanan bagi, tangan kiri tak tau.tu yang sembunyik dari tangan kiri tuh.

Aku tak amik gambo, tapi, Sempoii ada amik gambo.hehe.Poii, upload dalam blog aku cepat..:-)

Tuesday, February 12, 2008

Lupakanlah

Dear Diary, (ehem)

Saya terserempak dengan seseorang pada satu hari. Orang tu nak katakan rapat, tidaklah berapa rapat. Nak katakan tak rapat, pun tidak berapa betul juga. Tapi, yang sebenarnya rasanya tidaklah begitu rapat kot. Sebab dia tak tahu segala macam benda pada diri ini. Ya, aku sebenarnya seorang yang perahsia. Tidaklah aku menceritakan segala galanya walaupun kepada ko, kan diary? Ko pun tau kan diary?

Tapi cerita nih, bukannya apa, seseorang itu telah menghiriskan hati ini (Haiyoh, ayat jiwangnyaa). Dan saya fikir , selalunya saya akan memaafkan dan melupakan. Forgive and forget. Tapi, kali ini tidak rasanya. Mungkin saya maafkan, tetapi saya tak lupa. Dan satu perkara yang menghiris perasaan tuh, tak boleh lupakan walaupun bukannya ada apa-apa sangat.

So, sekarang nih, tak tahulah, adakah saya sebenarnya menjadi hipokrit dengan berpura-pura gembira bila ada berjumpa orang itu, walhal dalam hati masih ada parut kecil (cewah) yang akan ada sampai bila-bila.

Biarlah saya seorang saja yang tahu, ya dear diary...Kalau aku cakap ngan ko siapa pun bukan ko kenallll..

Dah pergi main jauh-jauh! shoh shoh

Monday, February 11, 2008

Karangan untuk Che'gu Limah

Kenapa saya tidak datang ke majlis perkahwinan Alangz dan Zura.

Perkahwinan ialah satu perkara yang amat suci lagi menyucikan. Anda selalu kena menyucikan diri pada babak babak awal perkahwinan. Wakakaka.

Ianya perlulah diraikan, dan jika menerima undangan perkahwinan, kita hendaklah pergi kecuali ada aral ataupun masa yang ada itu sahaja, dan tidak membenarkan kita berada di dua tempat serentak.

Adapun, pada petang hari Rabu ini, saya akan bertolak ke Johor untuk bekerja di Pasir Gudang sehingga hujung minggu kerja iaitu hari Jumaat. Kemudian, saya perlu berada di Paka pula selama seminggu bermula hari Ahad. Ini adalah kerana hari Ahad adalah hari bekerja di negeri negeri Pantai Timur. Maka saya perlu bertolak ke Paka pada hari Sabtu kerana perjalanan ke Paka dari Johor mengambil masa seharian.

Saya akan berada disana sehingga tamat minggu bekerja iaitu hari Khamis. Kemudian, saya perlu menghadiri mesyuarat di Cameron Highlands pada hari Jumaat. Jadi, saya berharap agar dapatlah kerja itu disiapkan pada hari Khamis pagi untuk membolehkan saya bertolak semula ke Cameron Highlands selepas itu.

Kemudian, selepas meeting pada hari Jumaat itu, saya akan terus joli kat Cameron sampai ujung minggu, duduk situ, bersama-sama Delinn yang katanya akan berada disitu jugak, tapi mungkin duduk lain bilik.

Kesimpulannya, itulah sebab musabab saya tidak dapat menghadiri majlis yang sangat bersejaroh bagi Geng Reban. Selamat berchatting di alam nyata u ols.

Wassalam.

Here Comes the Sun


Here comes the sun,
Here comes the sun, and I say
it's all right

Little darling, it's been a long cold lonely winter
Little darling, it feels like years since it's been here
Here comes the sun,
Here comes the sun, and I say
it's all right

Little darling, the smiles returning to the faces
Little darling, it seems like years since it's been here
Here comes the sun,
Here comes the sun, and I say
it's all right

Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...

Little darling, I feel that ice is slowly melting
Little darling, it seems like years since it's been clear
Here comes the sun,
Here comes the sun, and I say
it's all right

Here comes the sun,
Here comes the sun, and I say
it's all right
it's all right

-The Beatles

Sunday, February 10, 2008

Tired

I'm tired.

Please don't piss me off.

Wednesday, February 6, 2008

Puss in Boots..

Here boot, there boot, everywhere boot boot...Boot boot ..boot booot..

Imagine yach, wearing a pair of boots with 2-3 inch heels, in a crammed-like-sardine train, and then, walking about more than 10 kilometres in the train station and in the shopping mall, and yet, still maintain your coolness and cuteness..Hahaha..That's Japanese woman in Tokyo.

Gila, boots semua tinggi-tinggi dengan heels tinggi-tinggi, jalan-jalan pergi keje, and pergi mall. Boleh katakan majoritinya begitu, aku jek yang berjalan kat sana pakai walking shoes..Aku kalau pakai heels, hanya di mejlis mejlis resmi, yang aku tak perlu nak jalan banyak. Kalau pergi ofis pun, pakai sandal aku tuh, kat opis ada dua pasang kasut yang comey and ada heels. Tapi, boots? haiyoh...mek tobat u ols...no way..

Gambo diaorg aku tak dan amik lah, kalau ada pun tak berapa terang..Tapi, korang tengok jela kasut yang ala-ala cengini..Mau patah krem kaki aku kalau ler aku yg pakai..


(Gambo dicilok dari www.oldetymemercantile.com)

Tuesday, February 5, 2008

Nippon : Day 9 and Day 10

Hari ke sembilan, siang hari tak keluar kemana-mana, suhu kat luar terlampau sejuk, lagipun malam ni ada farewell dinner orang2 Jepun tu buat.

So, dalam pukul 6.30 petang gitu, kitaorg jalan jek ke restoran tuh, nama dia Jembatan Merah. Restoran Indonesia, sebenarnya kedai tu kalau nak makanan halal, kena sebut awal2 dan dia siapkan. So, penyudahnya, kitaorg order vegetarian jek, tahu, tempe (tempe lagik!) , sotong, etc. Boss boss Jepun semua ada, siap berkot kot bagai . Siap berspeech-speech bagai. hehehe.

Sorry, gambo makan takleh nak upload sebab dalam komputer satu lagi, malas nak transfer.

Dan keesokan harinya,Hari ke 10, pagi-pagi dah bangun sebab flight pukul 10.30 am gitu, kena ada kat sana pukul 9.30, satu jam perjalanan dari hotel kitaorang, so, keluar dalam pukul 8.30 gitu. Ada bas lagi bawak kitaorg. Bagus tau kompeni Jepun nih, jaga kitaorg dgn baik. I'm gonna miss the clean japan, the polite japan, the canggih punya toilet japan, the beautiful and cute japan..

Sayonara Nippon...Panjang umur jumpa lagiiii...

Posing sakan kat Narita Airport. Seronok bebudak ni nak balik.
KAt dalam plane, legaa rasa dengar bahasa melayu dan suara orang melayu bercakap dalam annoucement stewardess n pilot dia..
Dalam teksi on the way home, sungguh gumbira tak payah pakai baju tebal2! Matahari memancar, dan tak sejukkkk!
Bebudak ni kemaruk main kolam nih, kat sana tak dapek nak swimming2 bagai..

Ok, end of Chapter Jalan-Jalan ke Nippon....

Monday, February 4, 2008

Mari makan tempe

Iya, tuan tuan dan puan puan, jangan habiskan duit anda buat facial, face lift, botox bagai. Makan je tempe, nescaya pipi anda akan tegang dan licinnnnn...Hahahaha...
Siapa cakap? Tatauuuuuu...Mek makan tempe dinner malam nih. Gerenti licin pipi nih...
Makan sayur brendi, eh, bendi pun bagus tau untuk zat zat perenang olimpik orang laki2..