Wednesday, July 15, 2009
Harry Potet and The Half-Blood Prince Review
Ahakss..Baru tengok malam tadi, yay!
Review coming soon. Nak mengarang dulu..:-)
UPDATE :
Ok,what can I say about this movie? Bloddy Brilliant!
Aku bukan bias sebab aku memang minat giler cerita Harry Potter ni, ataupun kumpulkan semua buku-buku dia, ataupun sanggup jadi antara orang terawal yang ada buku Harry Potter and The Deathly Hallows ( The last book ) ituhari..Nasib baik tak kena beratur lama..ekekeke..
Tapi, aku rasa memang David Yates dah berjaya buat yang terbaik antara filem-filem Harry Potet yang terdahulus. And I realllly love the fact that all the main characters in this movie are played by the same actors. All of them! ( Ofkoslah, kecuali Dumbledore, sebab the first one orang lain, itupun sebab dah meninggal kan...) So, macam kita boleh nampak diaorang ni semua membesar, sama dengan buku tuh.. Love it!
Maybe cerita dalam movie ada sedikit kelainan dari buku, biasalah, kadang tuh, cerita dalam buku bila jadikan movie sebijik-sebijik mungkin akan jadi boring atau kureng umph..Tapi, dengan adanya sedikit adjustment kat dalam movie, akan melebihsedapkan cerita ini dengan syarat apa yang dia tukar dalam movie bukanlah cerita cerita pasal main character , ataupun the main storyline. Yang karakter tempelan itu oklah. Contohnya lah, masa start cerita nih, *SPOILER ALERT!*
Harry Potter duduk dalam coffee shop minum air sambil baca paper sambil ngorat waitress..Iya tuan-tuan dan puan-puan, hormon-hormon remaja yang sedang membesar sedang tak stabil ditampilkan dalam movie kali ni. Yang tu takde dalam buku cerita aa.. Tapi, kiut je adegan tu tau. :-)
This installment of HP, lebih kepada sambungan cerita yang sebelumnya, Order of The Phoenix. So, kalau ada yang tak pernah baca, or at least tengok last movie, mungkin akan rasa lost sikit, sebab karakter-karakter lain yang muncul dalam last movie akan ada lagi , dan kali ni no introduction on those characters. Kalau korang tengok first movie, lepas tu tak tengok movie yang lain, dan teruss je tengok movie kali ni, memang ko akan rasa lost. *Jeling Mommy yang temankan aku tengok Premier malam tuh* Manjang je tanya itu ini, last last aku bolayan, aku kata, "lepas abis movie ni aku cerita"..ekeke.. Ganggu konsentrasi sungguh!
Ok-ok. Balik kepada movie tadi yach. Sebelum tu, sebab ni pes taim aku tengok Premier Screening ( yakitu, tengok tayangan lebih awal dari tarikh wayang seantero Msia tayangkan), makincek adalah agak jakun u ols. Masa nak masuk, kena simpan henpon kat luar, orang movie jagakan, sebab takleh bawak masuk panggung. Lepas tu, siap ada beberapa orang pakcik dan makcik RELA ( I tak rela yew) akan jaga panggung tu. Bukan jaga ketenteraman aku, tapi, tengok kalau2 ada orang rakam cerita pakai henpon ka, etc. Lepas tu, sebelum start muka tiga sekawan tu keluar sambil cakap, " Hi, I'm Daniel, - I'm Rupert - I'm Emma Watson, We're sorry we're not be able to be here with you , bla bla bla, enjoy the premier screening of HP and the Half Blood Prince. " Oh, ada pesanan penaja rupanya..ekeke..
Ok, kita start kepada review, berapa banyak melalut lah..
Disebabkan aku taknak menyepoil cerita ni kepada yang lom tengok, aku cuma cakap apa aku suka, dan apa aku rasa kureng, okey...
Dalam buku HP kali ni, dia tunjukkan relationship between the magical communities and the muggles (orang yg takde magic), buku-buku lain tak tunjuk sangat. Orang ada magic hidup lam dunia dia, orang takde magic (macam kitalah) , duduk dalam dunia kita. Tapi, kali ni tak, ya..So, dalam movie ni pun ada tunjuk sikit part macamana orang jahat, geng voldemort buat kacau even kepada orang-orang takde magic. Tapi, dalam movie nih, scale keciklah, jambatan runtuh tu dia buat jambatan orang lalu-lalang. Dalam buku, jambatan tu kenderaan lalu-lalang. Mungkin diaorg taknak bazir duit beli kereta lepas tu jatuh dari atas jembatan. Huhu.
Aku suka karakter diaorg kali ni, lebih matured dari segi lakonan dan jugak jalan cerita. Jalan cerita kali ni lebih kepada misi Harry Potter yang sebenar , iaitu nak mencari dan musnahkan Horcrux ( menatang ni, tempat Lord Voldermort (villain cerita nih) letakkan nyawa dia) Dalam movie kali ni, korang boleh tau dari mana Voldermort tau macamana nak pecahkan nyawa dia kepada beberapa bahagian dan simpan supaya dia boleh bangkit semula kalau dia mati. Macam ada 7 lives la gitu. Cuma tak bes dia tak tunjuk betapa jahatnya Voldermort ketika dia nak pecahkan nyawa dia tuh..Dalam buku, ada detail, dalam movie tak berapa..Mungkin tak penting, eh?Macam Penting..Mungkin terlalu ganas, takut budak-budak nangis? Ntah..
Harry and the gang pun kononnya umur dah 16 tahun dalam buku nih.. (Real life 20 tahun ya).. So, pahamlah kan...mesti ada kisah cinta monyet..Semuanya so cuteee! Ron dapat first gelpren, Hermione frust, Harry berbunga-bunga cinta.
Part yang aku suka ? Banyakkkkkkkkkkkkkkkk.. Hehehe. Semua sekali lah..Boleh? Cerita makin mantap, makin real, quidditch match makin cantik, tak nampak pelik sangat, watak character ni dikembangkan dengan jayanya, macam dari budak-budak masuk ke alam remaja. Semuanya digarap dengan baik, dan banyak bahagian yang comel dan lucu.. Lawak dia pun banyak yang lawak selamba yang natural, yang biasanya berlaku dalam hari seharian kita..hehe..Tengoklah, korang nanti paham..
Tapi, awas yaaa...Satu je aku pesan, jangan marah kat ending dia.. Sebab itu adalah ending macam dalam buku, ending dia bukan the ending, but the beginning. Huhuhu.
Part yang aku tak suka? Takde... boleh? Cuma menyampah adala kot.. Part awek Ron tuh, aku rasa, toksahlah elaborate sangat. Gelis okey..
Oh ya! Lupa nak cakap, Hagrid punya rambut kali ni ada rebonding sket! Dah kurang mengerbang,mungkin dah jumpa Shampoo yang sesuai. ekeke..
Oklah , kita tengok carta tumbesaran bebudak nih.
Comel sangat diaorg time nih, kan?
Dah besau sikit. Oklah..
Dah muda remaja...Misai jambang pun ada. aku ingat part Dumbledore cakap kat Harry suruh dia shave. ekeke..
I love Emma Watson! Dia nih terer betul dan cantikkk..
Dari very cute boy, kepada hensem tapi ada kureng hensem sket. hehe..
Time nih nampak hemsem..
What the *tutt* are u wearing Ron? Hehehehehe...
Dia ni memang pelik skit kan? Tapi kecik pun kiut je berlakon, sekali dah besau macam ada kaku skets.
My favouriteeee of all time! The wacko Fred n George..
The real wizards dalam cerita nih, Tuan Derektor dan Penulis buku nih...
Last skali, Tengok! Jangan tak tengok!
* Nak tengok lagi sekali nih*
Labels:
Movie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment