Ini juga makanan kegeraman Cik Uci juga kerana katanya, masa study dulu, selalu dia akan melihat kehadapan (looking forward) ke hari dimana menu pada hari itu adalah apple crumble ini yang dimakan panas-panas bersama eskrem vanilla.
Oleh kerana sayangkan laki, kenyang-perutkan, maka kita kasik itu belajar satu kali macamana mau buat apple crumble.
Bahan-bahan yang kita perlukan ialah :
Topping:
1. 1/2 cup (65 g) all purpose flour
2. 1/2 cup (100g) granulated sugar
3. 1/2 tsp ground cinnamon
4. 1/4 tsp ground nutmeg
5. 5 tbs (70 g) unsalted butter, 1 tsp salt
6. 1/3 cup (30g) oats
7. 1/3 cup (40 g) chopped walnut or any nut u like
Filling :
1. 6 medium apple (kaler ijo boleh, kaler merah pun buleh)
2. 1 tsp lemon zest
3. 3 tbs (40g) granulated sugar
Ayoh, kita mulai...
Kesemua bahan-bahan topping itu kita satukan didalam mangkuk
Dengan menggunakan garfu, campur kesemua bahan hingga semua telah beramas mesra , bergaul dan bergurau senda didalam mangkuk sehingga kelihatan menjadi crumble dan peroi-peroi seperti gambar diatas.*sambil tunjuk dengan sopan guna ibu jari*
Seterusnya, kasik kupas itu epal, cuci bersih dan boleh belahlah.
Potong epal jadi bahagian yang kecik lagi lalu kita campurkan gula , lemon zest dengan jayanya.
Sapukan baking dish dengan mentega atau minyak sayuran pun oke, lalu masukkan epal itu tadi kedalamnya. Lalu disprinklekan lagi dengan cinnamon supaya lebih rasa cinnamon dan berbau haruuumm kayu manis bila siap masak nanti..
Kemdian, masukkan pula topping tadi diatas kepingan-kepingan epal tadi.
Selepas itu, apa lagi, bakarlah ia dengan suhu 190deg C selama 30-40 minit, ataupun bahagian atasnya terlihat brown brown gitu.Haiyoh nampak buruk bebeno ghopernya oven gue.
Akhir sekali, makanlah dengan eskrem vanilla ketika apple crumble itu masih panas-panas lagi.. ohhh...heavennn...
Signing off ,
8 comments:
Camner measurement tu? Kejap kata half cup = 65gm flour, pastu half cup lagi plak = 100gm? kena guna cup lain2 ke?
Ijip,
1/2 cup of bulu ayam, adakah sama beratnya dengan 1/2 cup of batu bata? Huhuhu...
So, ofkoslah 1/2 cup of gula yang obviously gula lebih berat dari tepung akan jadi 100g, manakala 1/2 cup of tepung beratnya lebih ringan dan jadik 65 g sajork..
*Nampak Ijip tepuk dahi..ekekekee*
hoh.. aku urut dada...
*banyaknya gulaaaaaaaaaaaa*
belum banyak lagi tu...
hahahah sorilah, dalam otak aku dah setkan 1 cup=100 gm, be it gula ke, gandum ker, etc... sebab aku salu ikut sukatan cawan, tak ikut metrik bagai nih...
err sebab umah aku tader itu penimbang jadik aku ambik resepi yg pakai cawan jer hahahaha
apa ni bila ko buat post psl makanan je musti makanan yg aku sukeeee...rasa mcm nak jadi anak angkat ko je hahaha
ted, itu blom lagi aku blog plak psl banoffee pie.. haha.. nnti aku buat lagi utk ko, aku blogkan yach...
*malu
yes pls yes pls...
Post a Comment