Wednesday, November 28, 2007

Penunggang Motor Sekalian

Saya ada soalan untuk semua pembawa kenderaan terutamanya kepada penunggang motorsikel *jeling abang bawak moto bomba merah yang kerja kat artiyem*

Jikalau anda menunggang di atas jalan raya, yang mana tempat tu tiada jalan yang dikhaskan untuk motor, kat mana anda nak tunggang? *Aik? Vinatang afa dia tunggang?*Korang akan berada di kanan jalan ka, di tengah-tengah garisan putih bersebelahan kereta lain ka, atau di sebelah kiri ka, atau di belakang mana-mana kenderaan?

Saya ingin menyarankan, dan menyeru kepada semua rakyat malaysia (macam wakil rakyat pulak mek)yang menunggang motosikal, supaya tungganglah di belakang kenderaan lain, (kalau tiada laluan motorlah) , kalau ada, gunalah laluan motor, tak reti-reti..

Ini adalah karena tiga kejadian yang hampir serupa pernah saya lihat iaitu seperti dalam gambagajah di bawah:


Kereta dari sebelah kiri itu, menyangkakan bahawa dia telah lepas itu lori dan van di arah bertentangan itu juga telah berenti untuk beri laluan. Tetapi, dia tidak nampaklah itu motorsikal di sebelah lori tadi. Maka, motor itu telah melanggar belakang kereta, pembonceng (perempuan)yang duduk belakang, telah tercampak , macam superman aku tengok. Aku saspek, mesti ada kecederaan dalaman, sebab impact nampak kuat, dan pemandu motor tu, terpaksa angkat dia ketepi kerana perempuan itu nampak tidak boleh bergerak.

Dalam kejadian yang pertama yang makincek nampak pula, motor tu sempat langgar depan je sikit, dan penunggang tu terjatuh atas bonnet kereta.So, dia tak apa-apa. (Erk..Tambahan.Insiden itu berlaku atas diri saya..hahahahaha)

Kalau sebelah kiri kenderaan pun bahaya juga, ada jugak aku nampak sekali, motor sebelah kiri kenderaan, ada kereta melintas dari arah kanan, tak nampak dia jugak, dan langgar juga.

So, kesimpulannya, duduk jela belakang kenderaan lain, kalau takde laluan motor tu ya, untuk keselamatan anda juga. Orang duduk kereta mana ada luka apa. Orang naik motor nih, yang kena jaga diri.

Jaga diri baik-baik ya...Kalau tak nak jaga, sangkut je moto tu atas pokok kelapa. *Jolok motosikel , bang?*

Tambahan: Hehehe...Idea dari Famil..

Saturday, November 24, 2007

Ah-Ha Lagi!

Tak tahan betul la tengok lagu nih...

Awesome!!

Thursday, November 22, 2007

Kisah gila dipagi hali...ooooo

Semalam lagi, aku takde kerja masa tunggu laki aku turun opis, nak
breakfast sama, aku dengar Sinar FM. Ada orang jual pantun Jawa laaa,
pantun banjarlaa..So, aku tetiba gatal tangan nak call. Aku nak buat
pantun Cina . So, aku bagila pantun Cina tu semalam, diaorg suka
rupanya. HO siap mintak no telepon aku, sebab dia nak call lagi
katanya. Semalam ada jugak dia call, tapi kan aku kat seminar, so aku
tak tengar dia call.Terlepasla semalam.

So, hari ini, dia call lagi, aku tak dengar lagi sebab masuk lif.Tapi,
lepas aku dengar msg tuh, aku standby jela.So inilah dia rakaman yang
sempat aku buat. Sorry, audio dia macam pepecah sket n ada background
aku gelak lak tuh. Hehehe..Sorry. So, aku taipkan jela kitaorg punya
dialog.
(HO : Halim Othman, SY : Salleh Yaakob, n Aku laa) (Klik Play yaa)

HO : Ya ini dia message yang kami tinggalkan utk El tadi untuk kita ulang dengar.
Mailbox : ..77940 : Please leave a voice message after the tone :
tuuuttt:
HO : Wahai Cik El, ini ada pantun cina utk kamu : Hisap rokok
tembakau Cina, keluar asap berbunga-bunga, hari itu saya pergi ke kg
cina, saya pakai baju berbunga-bunga. Tolong jawap itu pantunlah. Ah
Kau pun jawap itu pantunlah
SY : Isap rokok bunga-bunga, Jalan jalan di kotaraya , kita talipon
sudah lama, mana pergi o, takde jawap pun?
HO : El, kalau awak mendengar, talipon kami,..(Mailbox bunyi tutttt..)
aiyo, sudah masuk o, sudah habis o, talipon oo..Itu sapa? (Mailbox
punya sora pompuan tu bersuara: to read your msg, bla b a) Itu orang
putih sudah masuk lo, Olang putih diamlaa, kasik El talipon baliklaaaa…

Jawapan dari El selepas lagu ini.

Masa diaorang call aku tu, aku tengah dalam lif on the way nak naik opis, pukul 7.45am ke gitu. Tu yang masuk voicemail tuh..Gilak tau diaorg nih..hahaha..So, aku try call balik Sinar, tapi asik engaged jek. Last-last aku give up. Lepas tu, dalam
pukul 8 lebih kot, diaorg call balik. Aku angkat la, terus diaorg suruh
jawap pantun tuh..hahahha..

Aku nak tak nak kenala jawap spontan tu u ols! Sukati aku je bagi
pantun..hahaha…Kalau korang rasa macam tak clear apa aku cakap, ni aku
tuliskan:

HO: Kita cuba dengar dari El tentang balasan pantun bunga-bunga tadi, Wahaiii..
Aku : Haiyaaa..
SY : Mana pergi?
Aku : Saya balik China aa
HO : Balik Cina ah? (sambil ketawa) Ada dengar kita punya message a.?
Aku : Ada ada ada
HO : Ok, sekarang kita mau dengar itu pantun ah..
Aku : Ha? Itu pantun ? sikalang ah?? (Time ni aku terkejut lak, laa..kena
jawap ke pantun? Hahaha)
HO: Haa, sikalang jugak!
SY : Sikalangggggg..
Aku : Ooo.. Itu pantun pasal bunga bunga punya baju, ah? Aiyaa…(Dan-dan aku kena
pantun spontan, tau!)
Makan nasik mulut ternganga,
Kalau tak nganga,nasi mana mau masuk?

HO : Haaa, Saleh tolong jawap itu pantun ahh!
Aku: Belum habis lagi oo!
HO : Oooo..belum habis lagi, ok..
Aku : Ini hali saya takde pakai baju munga-munga, Jadi, kalau mau pakai
baju bunga, esok lor! (HO n SY gelak besar)
HO: Saleh tolong jawap itu pantunlah…!
SY: Makan nasik pun nganga-nganga, Tapi minum tak boleh nganga tumpah,
saya takde baju bunga-bunga, baju bunga-bunga utk perempuan saja , lor!

Time ni sebenarnya HO suruh jugak aku balas pantun SY tu balik . So,
spontan lagilaaaa…terus teruk jadiknya..hahahhaa

Aku : Jalan-jalan masuk longkang
HO : Macam main bolinglah
Aku : Masuk longkang, kena tolong oleh SY
HO : Apa pasal SY duduk tepi longkang?
Aku : Saya rasa,dia carik ilham o.
SY Hahahhaa, manyiak pandai..
Aku : Kalau itu baju bunga takde, kita pakai baju bengkang-bengkanglaa!

Hahahaha…

Been busy

Been kinda busy lately. Tak sempat nak update segala. Tunggulah nanti ya...
In the meantime, Enjoy! I Miss this show!

Friday, November 16, 2007

Kisah Lama


Saat-saat mengamping. Aku yang pakai baju biru sebelah kanan. Sorry, gambo blur sebab gambar lama.

The other day, Enie ada sentuh pasal masa kat U kita selalu pergi Camping. Bukanlah selalu sebenarnya, tapi, adalah beberapa kali. Masa sekolah dulu, we ols yang ala-ala adventerous nih buatla satu Persatuan yang dinamakan Engineer Adventure Team. Selalu kita panggil dgn nama pendeknya E.A.T. Just like the name, the activites that we did most were eating, of course...ehehehe.. Adalah, masuk utan sekali dua, masuk gua sekali, kayaking berkali-kali. Tapi, paling penting tetappp eating tau daripada merayau-rayau dalam utan.

Sebab itulah, setiap kali masuk utan, mesti kitaorg bawak Tukang Masak Tersohor, En Nasir. Dia ni chubby chubby n happy go lucky macam ala-ala Chef Ismail tuh. Dan En Nasir ni kalau masak memang Numberrr 1. Semua yang dimasak jadik sedap gila. * Pak Nyong jangan pandang kita takdak mata, kita ada Diploma pasal masak memasak, tau. Time ni jugakla, sambil masak, sambil tu En Nasir tak P. Ramlee nyanyi lagu P Romli, dan pasangan duetnya dah tentu aku laa..Hahahha..Sampai kena panggil Saloma lagi u ols.

Itu kisah lainlah, time ni aku nak cerita masa dalam hutan tu ada satu part yang aku paling ingat. Masa tu, kitaorg kat Pulau Tok Abu, kat Bukit Merah. Macam biasalah, kalau masuk hutan, kenalah ada orang-orang yang ber'ilmu' sebab macam-macam boleh jadik di hutan kan.

Tapi, syukurlah, setakat kitaorg pergi, takde sapa tersampok ke etc. Cuma ternampak adalah.

So, pada satu malam yang agak lewat, selepas kitaorg bercerita kat unggun api, mamat ber"ilmu" ni tanya,korang nak tak rasa melayang, kaki akan terangkat tak jejak tanah? So, adalah few yang berani join mamat nih. Imaginelah malam gelap pekat camtu, buat perkara ala-ala mistik gitu. For surelah, perempuan tak berani, semua yang join budak lelaki saja.

What they did was, all of them , duduk bersila and hold hands, while the mamat tu baca something. Kemdian, dia cakap, "lepas ni aku akan tanya soklan kepada semua orang, semua kena jawab dengan jujur".

Lepas tu, dia tanya soalan kepada setiap orang yang pegang tangan dalam bulatan tu satu persatu, Tapi, kenalah yang kena tanya tuh jawap bebetul kan, takleh tipu.

Aku tak join, aku tengok saja. Time ni kita orang dah berdebar-debar dah, nak tengok badan diaorg terangkat.

So, soalan last dia tanya ialah, " Dalam famili korang, ada tak salah sorang yang gila, atau terencat akal, dan sewaktu dengannya?" Semua kena jawap. Semua jawap "Tidak".

Lepas tu , mamat tu cakap, "Kalau takde, apasal yang korang buat kerja orang gila nih?? Sambil gelakkan member2 yang pegang tangan tuh" Cekerempet betul tau, aku terlupa lak, mamat tu jugak ada ilmu pak lawak suka pekena orang. Hehehehhe...

Benci betul. Tapi, gelak besar kitaorg lepas tuh, yang pegang tangan tadi, semua lepaskan tangan sambil mensiot-siotkan mamat 'ilmu' tadi..ehehehehe..

Tuesday, November 13, 2007

Hantaran Project

Macam biasa, Cik Mira mesti nak enter frame. Dan jugak duduk depan aku time aku buat tuh. One can only imagine how many questions were asked during the session!!

Dari satu angle. Suka tak butterfly tu? *Seumpamaa rama-ramaaa...Delinn mesti suka..

Yang ini untuk letak potpourri.

4 dulang hantarans completed today! 5 more to go. *Hanterannya? hanterannyaa..hanterannya? satu ribu serba satu!-Setuju!!*sambil tangan tepok lantai.

Monday, November 12, 2007

P Ramlee dan diriku.


Sebut je pasal cerita P Ramlee, segala tok nenek dialog dia aku hafal, siap boleh teka dari cerita mana dialog tuh, walau sekecil mana pun watak orang tu dalam filem P Ramlee. Contohnya : Duduklah dulu ya, nanti makcik siapkan kopi.“
“ Hah, Mak Enon? Masih kerja sini lagi?”
“Tuanku, ada orang datang mengadap. –Siapa? – Adik Ipar Tuanku-(Bila masa beta kahwin?)”
“Dah siapkan makanan petangnya? - Sudah makincek, dari pagii dah siap.-Eh, jangan-jangan basi tak? –Ha, yang itulah pak aji suka tuh!”

dan macam-macam lagilah. Kalau korang pun minat gilababs kat citer P ramlee macam makincek, mesti tau dari filem mana dialog yang mak incek sebut tadi.

Kisahnya semua bermula dari pengaruh keluarga sendiri kan.. Yakitu Bapak saya. Masa saya kecik, bapak saya suka rakam tape cerita P Ramlee yang ditayangkan kat RTM dan dia suka mainkan lepas tuh. Over and over and over again. Asal siang je, dia main tape, asal malam je dia main tape. Dan kami satu famili kecuali mak akan duduk tertonggok depan tv sampai cerita abis. Walaupun ulang berkali2 esoknya dan esoknya lagi.

Selepas itu, saya membesar, pun masih lagi tengok cerita P Ramlee nih tak jemu-jemu. Arwah adik saya dulu, (Al-Fatihah utk Ezuden) masa dia kecil, cukuppp minat tengok P Ramlee juga. Hari-hari juga dia nak tengok cerita P Ramlee. Secara tak langsung, saya pun tertengok lagi dan lagi. Itu belum masuk setiap kali RTM or TV3 tayang kat tv. Pun tengokkk jugak.

Hari ini juga, kalau balik kampong, abah akan pasang CD P Ramlee. (CD la sekarang u ols..mana ada tape lagik) Dan jugak kadang-kadang (eh, selalu!) Astro Prima tayang cerita P Ramlee. Layan lagikkkkk…Hahahahha…

Hasilnya u ols, sehingga ke hari ini, setelah disogokkan dengan entah berapa kali (aku rasa ribu pun mencecah.) aku hafal dialog secara umumnya boleh katakan semua cerita P Ramlee yang lawak-lawak. (Yang tak lawak, saya tak tengok sangat.). Dan sebab itu jugala, asal buat kerja apa pun, teringat dialog dan boleh relate dialog P Ramlee tu dalam kerja yang aku buat time tuh. Dan jugak dalam famili kitaorg pun, asal sesuai je, bercakapla kitaorg dalam dialog P Ramlee. Contoh,kalau nak ucap besday kat abang pun, or kalau dia wish kat kita pun, mesti pakai dialog P Ramlee yang nih . “Selamat Panjang Umur, Berapa banyak kapal di laut” . Kalau kat rumah tetiba banyak telefon berdering serentak, keluarlah dialog nih, “ Halo! Halo!Ismet! Saya Ismet!Aduhhh”. Kalu kitaorg gelak2 kat dapor beramai-ramai, abang tetiba masuk dapur and cakap, “ Wah, ketawa besar ayahnda, untung berniaga?” Hahaha..Waiem mesti tahu kannnnn… *Kenyit Waiem..


Dan cerita P Ramlee yang paling fevret of all time ialah Labu Labi. Itulah pasal aku pakai nama makincek dan nama blog ni pun “Ini bilik makencik!” Sebagaimana Labu menjerit dalam cerita tuh. Hehehehehe…

Labu : Saya mau minum air susu! Ey, Boy!!!

My favourite song pulak, time ni P Ramlee nyanyi dalam cerita Bujang Lapok.

Nak Dara Rindu


Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Owhhh.....


Ntah hapa-hapa kan entry? Jangan marahhh aaaaaa….Err..aku rasa aku pernah buat entry yang sama la dulu..One of the entries yang aku deletekan sekali dgn blog dulu..hahahahaha…Lantaklaaa…

Thank You Tan Sri P Ramlee kerana karyamu.
Ku membesar dengan karyamu,
Kau merapatkan hubungan keluargaku dengan karyamu,
Kau selitkan kebahagiaan dan keceriaan aku dan keluargaku dalam karyamu..
Kau membantu dalam menemukan cinta hatiku dengan karyamu..hehe..
Al-Fatihah untuk Tan Sri P Ramlee.

Err..salah satu criteria ada kat Cik Uci yang boleh ngam ngan aku sebab dia tau dialog P Ramlee jugak. Huhuhu…
p/s: Sebab lain aku buat entry ni yelah aku sentapzzzz u ols tak dapat tengok P Ramlee the Musical!!Asal nak tengok, ada raya lah, asal nak tengok, laki outsetesenglah, nak tinggal anak kat sapa? Tolongla, Buatlah teater tu lagi! Hehehhe...

Erti Mempunyai Anak

6 bulan -1 tahun pertama

Hari minggu bukanlah hari melepak sedunia lagi, anda tidak akan boleh tidur lama-lama , lewat bangun, kerana si kecik itu akan bangun time subuh juga.

Disamping itu, rumah anda juga akan lebih kosong, tanpa alas meja, tanpa bunga-bungaan dan pasu-pasuan. Lupakan aja pasu pasu Air Hitam tu nak taruk di rumah, semuanya akan hancur berderai. Alas meja juga akan berakhir menjadi alas lantai.

Malam-malam anda akan lebih happening dari dulu. Sekurang-kurangnya 2 kali semalam anda akan bangun menjadi tukang buat air. Tapi, jika anda lelaki, dan anak masih menyusu badan, maka sesungguhnyalah anda masih bisa tido mati ( tetapi, ketika ini juga anda juga akan mengalami kerugian sementara kerana kedai tutup awal) *Koboi mana minum air susu!

1-2 tahun


Anda akan lebih relaks tetapi masih lagi tidak dapat relaks sepenuhnya karena anda perlu exercise hari-hari dan meningkatkan stamina agar tidak pancit kerana time ini anak anda sudah pandai jalan dan mula berlari-lari macam terer bebeno tetapi tersandung jua.

Awas jika anda ada tangga di rumah. Jangan keliru dengan rumah tangga ya, rumah yang ada tangga ler, ngeng. Anda juga akan lebih “exercise step by step” naik atas dan turun dan naik dan turun. Untuk memeriahkan suasana, sesambil tuh, anda boleh nyanyi lagu NKOTB “Step by step oh babyyy”. Perhatikan jua, samada isteri anda atau somi anda yang terover exercise tuh, bodynya akan selim river.

Pastikan jua anda/(kalau korang lelaki, isteri andala) boleh memasak bubur nasik ye hadek hadek. Kerana kalau bagi makan nestum , tidaklah berkhasiat bebeno. Nestum hanya sesuai digunakan kalau nak berjalan-jalan.

Antara vocab awal anak anda time ni jua mungkin : No, Jangan.

2-3 tahun


Ketika ini, secara fizikal tidak berapa meletihkan, tetapi di kala ini berlaku cabaran mental. Ketika ini, anda diangkat sebagai Sifu oleh anak anda, kerana semua soalan, hatta soalan, “Mama, kenapa kucing tu comel? Kenapa kawan mama tak balik lagi? Macamana baby keluar dari perut? Kenapa langit biru? Kenapa kereta Mama buruk?” dan seribu persoalan lagi perlu dijawab oleh anda.

Anda juga perlu menahan telinga, kerana ketika ini, anak anda sungguh gemar melakukan aktiviti nyanyian secara solo, dengan lagu sama berulang-ulang kali macam korang main cd kat komputer dengan mengklikkan option repeat pada windows media player atau i-tune anda.

Ketika ini juga, beliau akan berkelakuan seperti detektif dengan semua benda yang anda buat akan disoal siasat oleh anak itu secara detail. Sebagai contoh, anda mahu membuat cekodok, anak anda itu, akan duduk sambil tanya apa bahan-bahannya , kenapa masukkan tepung 4 sudu saja, kenapa garam satu sudu saja, kenapa telur sebiji saja, kenapa mesti taruk air, kenapa mesti goreng, berapa lama dan macamana kalau cekodok tu masak. Itu tidak lagi termasuk bab meniupkan cekodok panas tu sebab dia nak makan dan-dan tu jugak.

Dan juga vocab paling banyak dipakai ketika ini, No, Jangan.

3-4 tahun


Sila rujuk (2-3 tahun) di atas

4-5 tahun



Sila rujuk (2-3 tahun)di atas.

Ngehehehehehhee…………..Tapi yang sebenarnya, memang betul..Kehidupan rasa terisi, kepenatan hilang bila kita tengok anak kita gembira, dan sihat. Lain tau rasanya dgn hidup seorang dulu.

So, yang belum kawen tu, cecepat kawen n buat anak..wakakakka..Yang dah kawen, aku paham, mesti tengah berusaha kan..Ucapan utk korang : Usaha tangga kejayaan!!
Yang jejantans lom kawen, mesti cari bini yang ala ala mithali gitu, yang mempunyai pegangan agama yang baik, pandai menguruskan rumahtangga terutamanya anak-anak, cantik tak cantik tu tolak tepi dulu, pilihlah yang sedap mata memandang dan manis pun memadai (Lawa tiadaaaa..manis adaaaa), kerana cinta tu bukan datang dari muka, tapi dari isi perut , hati limpa, dan peribodi seseorg itu. Dengar tu! Kalau cantik, tapi, tak pandai jaga rumahtangga, kang korang jugak nanti gatal carik rumahtangga lain!

*Butang baju aku mana Pahhhh...

Friday, November 9, 2007

Misheard Lyrics

When we were kids, or even now, have you ever misheard the lyrics of a song? I have. Well, not most of the time. My brothers did, my daughter also did. Have u? Have u??

Examples of the misheard lyrics :

1. Yang ni, kawan aku masa sekolah dulu. Aku tak taulah, sejak bilakah telinganya itu tidak diservis.

Lagu Enter Sandman, Metallica (Rock aku taww, dulu):

Exit light, enter night, take my hand, we're off to Never Never Land

Lagu versi member aku :

Exit Light, in tonight, take my hand, rock will never never dieee...

2. Yang ni abang aku masa kekecik dulu, siap gado dengan aku sebab aku kata lirik dia salah :

Lagu Pengemis Muda, Shiela Majid

Hey, Si Pengemis Muda, Apaaa rahsiaamuuu

Lagu versi abang aku :

Hey, Si Pengemis Muda, Apaaalaahhh kammmuuuu

3. Lagu ni my late brother nyanyi masa dia kecil2 dulu, time lagu ni keluar.

Lagu Standing In the eyes of the world : Ella

Standing in the eyes, standing in the eyesss

Versi my late brother :

Setinggi diaaa, setinggii diaaa..

4. Lagu misheard by Cik Mira yang pun tak nak ngaku dia nyanyi salah time tuh:

Lagu Say Goodbye :

Now it's time to say goodbye, say goodbye

Lagu Versi Cik Mira :

Now it's time to Cikgu bye, Cikgu Byeee..(Sebab dia kata cikgu nak babai balik umah)

5.Aku dulu selalu dengar lagu nih :

Eurythmics : Sweet Dreams are Made of Theseee , Who am I to disagreee , I travel the sorld and the seven seasss...

Aku nyanyi (dengan konfiden)

Sweet Dreamsss are made of the yearrrssss, who am I to disagreee

6. Ni abang aku gatal salahkan masa dia kecik2 dulu

Lagu Cina ke jepun tah apa tah, Cin cinata mebooooo..Kalu korang dengar mesti tau lagu tu glemerr dulu...

Abang aku punya version :

Veraksss tak ceboookkkkk.
..(Hampehs kan?)

7. Ni aku n Cik Uci sengaja salahkan :

Teletubbies : Who spill the tubby custard?

We ols punya version : Who spill the tubby, bastarddd??Hehehe..


Do u have other example?

Monday, November 5, 2007

It's graduation day!

Disclaimer : Moral of the story ada kat penghujung cerita nih..heheehehe...

It was a busy weekend. The day before, I hosted makan-makan at home. That night, we slept early , (need to wake up early the next morning!). We ols, (the artist and kuncu-kuncu) got to be at the hall at 7.00 am. Woke at 6.15, left at 6.45, and cik uci frantically drove to the destination which is about 45 minutes away kalau drive terkedek-kedek. We barely made it on time.

Ok, lucky diaorg tak start lagi, technician not even there yet. Talk about janji melayu kan.

Makincek pun sebenarnya lagila kena datang awal, kan. Sebab makincek kena jadik MC hari tuh. Dah orang mintak tolong, kan, buat jela. Nasib baik skrip skrip bagai the cikgu dah siapkan.

Mira time tuh ada nyanyian secara solo, tapi sorrylah, mek takde gambo time dia nyanyi tuh. Mek kan MC. Dahler tu, Cik Uci pun kena bawak Efan keluar sebab dia meragam dalam dewan tuh.

Tapi, ada satu part tu melampau tau, si Mira datang dekat dengan tempat aku berdiri, dekat dengan mic, sambil cakap, "hello hello". Haiyoh, anak aku tu macam mana leh terlepas kaco mak dia kan. Terpaksala mek buat lawak bodo u ols.

Apapun, lepas habis majlis tuh, Mira started to cry. Dia kata , " kenapa mira tak dapat tuuu?" Sambil pointing to the scroll n jubah yang bebudak 6 tahun pakai. Aku cakap, tunggulah setahun lagiii...! Nangis terus-terusan minah tuh, hahhaa..aku gelak jela.

Tapi, memang seronok tengok budak budak kecik ni perform..Kelakar pun ada, ada yang jatuh lah, ada yang salah pusingla. Ada yang bebetullll kiut pakai costume kucing, etc.

Nah, tengokler gambar yang sempat disnap.


Cik Mira n Anis. Kanak-kanak Ribena.


Ambil gambar sebelum masuk dewan.


Dari kiri, Ainul, (bestest fren Mira),Cik Mira, Cik Anis, sorang lagi tatau nama..Hehehe..


Cik Mira pakai costume kapal. Lagu Row-row row your boat, Mira keluar sambil buat action kayuh sampan.


Tarian Endang.Semua orang tarian kelaut..hahaha..


Aku nak amik gambar Cik Mira je, tetiba mamat ni enter frame. Errr...Bakal menantu ke nih? Apsal Mira macam malu-malu gitu????


Next year, Mira punya turn ya!

p/s: It's great to be kids. No worries, kalau bergaduh sesama depa pun, one minute bergaduh, the next minute bermain sama-sama like nothing happened the minute before. Kanak-kanaklah the best example of forgive and forget. Bes kan, kalau kita yang dah besar ni pun boleh lagi berbuat sedemikian.