Showing posts with label Jalan jalan cari nahas. Show all posts
Showing posts with label Jalan jalan cari nahas. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Jalan-jalan ke kota singa....

Sambil bekerja minum air, itulah ibaratnya kalau kita sambil bekerja ke arah selatan, masuk-masukkan diri lah ke kota singa itu..Apa kaitan ntah, tatau.

Dalam-dalam pada itu, sempat lah juga calling-calling DJ Awie n Joe Perantau yang meronda satu mesia tuh..Tapi, takdelah sempat jumpa pun, masing-masing ada agenda sendrik..lain kalilah gathering ramai ramai ngan geng reban semua..

Aku biasa gak bekerja ke selatan tanah air nih, tapi, takdelah setiap kali ke selatan terus je sampai ke kota singa itu. Last time aku masuk pun 2 tahun lepas, ngan Cik Uci.

Tapi, memandangkan mak datin-mak datin ini memang dah baik punya perancangan masuk soping ke singapura ini, aku ikut jelaaa...

Oh mak datin bertiga inih, memang kaki soping ooo..tapi, semua tahap mak datin lah kan...bukan tahap mak bedah macam aku nih..hehe.

Beg dema semua , sorang LV, sorang Kipling, sorang Coach.

Aku pakai Carlo Rino jek. Itu pun, bagi aku dah cukup hebat tuh..ekekeke..

Masuk ke Spura, terus ke Takashimaya. Masuk satu butik ke satu butik. Masuk LV , keluar Fendi, masuk Salvatore Ferragamo, keluar Christian Louboutin. Masuk Coach, keluar burberry..Uish, pendek kata, tak pernah umur nak berangan masuk kedai butik cenggitu yang reganya kalau convert duit mesia memang above RM3000. Nak sentuh pegang pun takot..hahaha..jakun.Oh ya, sempatlah nampak AC Mizal ngan bininya, emiliya rosnaida. Shopping kat LV ko...yelah jutawan kan...(tapi nafkah anak pun terabai, apakehei)


Ha, kalau masuk sini, tak sah kalau tak makan eskem 1 dolar nih. Semua yang jual warga emas belaka. Menggigil-gigil potong bar aiskrim tuh..Aiskrim semua Walls je..Tapi dikepit ngan biskut 4 segi. sedapp..

Singgah kedai elektronik, semua mak datin sambar iPad. Yang high end plak, yang ada 3G n 64G flash drive. Duit sana ada dalam lebih kurang SGD1200, campur tax 7%, campur ntah kelentong hapa lagi salesman tuh, total dalam SGD1600. Convert duit kita jadik dalam RM3800. Oklah tu kot, sebab kat mesia nih, yang 32G dan yang wifi je, takde 3G tu pun dah 3500. Dapatla free casing semua, screen protector anti-gores dan menang. Good buy la kot. Tapi, idoklah teman beli, kita tengokk jek. Sambil telan air liur.


Makan pulak kat restoran Indonesia nih, sedap gak, makan kangkong masak belacan, cumi bakar,ayam n udang.

Antara gambar yang sempat disnap. Mak Datin N beli purse LV dengan backpack Kipling dan jua ipad. Itu belum aku cerita dema masuk kedai emas jugak, dan sambarrr juga ear ring , dengan pendant. Seperti biasa, mek hanya membisu seribu bahasa. Takut gue nak spend banyak itu. Hehehe..Belum taraf mak datin lagi aku gamaknya..

Penyudahnya, gue jadik tukang angkat beg jer..hahaha..

Nantilah ko beg LV. Satu hari nanti, aku akan mendapatkanmu. Haha. Cita-cita kena tinggi, dek non..


Signing off ,

Sunday, March 21, 2010

Sunday, March 7, 2010

Part III

Kita terus saja ke selepas selesai keje dan balik semula ke KT Airport itu.

Flight dalam pukul 9.15pm, sampai KT pukul 6 petang lagi, adalah sangat membazir masa melepak sajork di Airport sedangkan KT ni banyak tempat yang menarik tertarik, anok anok dare comey comey blakeee, nananana ganu kiteee..

Makanya, makincek pergilah ke Taman Tamadun Islam. Sampai situ, baru tau yang tempat tu tutup 7.15. Okla, aku sampai situ pun 6.15, adala sejam kan nak jalan-jalan.

Sebab time tu weekdays, time keje, pastu dah lewat lak, akula seorang saja orang last yang masuk Taman tuh.

Terus ku sewa beskal, dengan harapan dapat habiskan semua tempat dalam Taman tu dalam masa less than 30 minutes, sebab hari dah hampir gelap sebab mendung dan nampak macam nak ujan.

Berikut ialah antara replika replika yang terdapat dalam Tmn tu.

Pintu gerbang masuk







Ada lagi banyak gambo amik, dalam pada sorang sorang tuh. Terasa pelik lak, Sorang-sorang merayau dalam tuh. Sempat gakla berpeluh sebab naik basikal round taman tu, lepas keluar tu, dah dekat Maghrib, terus ke Airport tunggu flight balik.

Sekian.

Thursday, March 4, 2010

Part II






Gambo semate mate.. I love working here. Indah, nyaman, dan suci murni bak cekgu murni..

Wednesday, March 3, 2010

Part I : Mode jelesy

Iya mek berada dalam keadaan mode jelesy kerna diaorg dok cerita keseronokan pergi jale jale ke Kota Baru..Siap penuh cerita satu blog nih. Ekeke. Mek pun nak cerita gak , kisah kawe gi jale separuh jale ke Kota Baru itu, kawe berenti sampai area Kuale Berang je.

Ok, segalanya bermula ketika mek kena pergi kerja ke kawasan yang sewaktu dengan Kuale Berang pada tarikh yang sipi sipi je dengan permergian diaorg tuh. Kawasan tu kalau kat map katanya namanya Je*nagor. Tapi, untuk lebih komersil, kita panggil tempat tu Kenyi*r.

Aku memulakan perjalanan dengan menaiki teksi. Teksi datang menjemput ke rumah sepatutnya pada pukul 6.30 pagi. Agak-agak dekat pukul 6.30 pagi, aku nampak ada sebuah teksi berhenti di hadapan rumah kejirananku. Dengan kondifennya, aku naik terus kedalam teksi itu. Brader teksi tu pun terus jela memecut ke arah KLIA.

Tiba-tiba,brader teksi itu berhenti ke tepi jalan setelah mendapat panggilan talian hayat salah seorang rakannya, yang mengatakan "passenger tu ko tak pick-up lagi ke?" Abis, kalau itu passengernya, siapakah gadis ayu bertudung putih yang duduk di belakang teksinya itu? Brader teksi itu mula berdebar-debar, tiba-tiba, bau haruman semerbak menerpa ke corong lubang idongnya. Peluh mula memercik di dahi pemandu teksi itu walaupun ketika itu, teksi didalam aircon yang sejuk di waktu pagi. Eh? Sorry, makincek salah masuk cerita, imaginasi pulak. ekeke..

So, brader teksi tu tanya, cik ni rumah no berapa? Aku cakapla, umah nombo 5. Pastu dia kata, laaa, saya patut amik passenger rumah no 1! Siapala pulak sangka, kan, pagi yang sama, jiran mek juga menghala ke KLIA dan ada flight pagi tu jugak. Kalau tau, baikle tong tong minyak bersamer.

Nasib baiklah, teksi yang sepatutnya pick up aku, amik jiran aku tu. Abis citer brader teksi yang saspen.

Kemdian, "tanpa sebarang flight delay", (baca dengan penuh perasaan riak yach) sebab geng lain semua flight delay..ekekeke, makincek sampai ke Kuale Terengganu kiter pada jam 10 pagi. Oleh sebab makincek ni advenceres ala ala amejing res, maka makincek menyewa kereta untuk dipandu hingga ke destinasi kerja terbabit. Lagi satu, mek suka driving kat sini. Cantik. Lebih-lebih lagi ketika melalui Stadium Sul*tan M*izan yang cantik dengan kesan peninggalan runtuhan yang bersejarah. Huhu.

End of Part 1. (tiru macam orang tu, main part part kan...ekekeke)

Thursday, January 21, 2010

Sungguh nyaman

Setiap kali ada tugasan ke tempat ini, hati mesti teruja, walaupun naik tu ada fenin lalats lah.

Cantik, udara segar, terasa bagaikan hilang kekusutan dijiwa. cewahs.





Sambil minum teh, sambil tu cokengkan jari kelingking macam abang Jihwan. Lepas tu senyum sorang-sorang. Gilo.

Thursday, January 14, 2010

Sambungan misteri tak berapa nusantara

Ok,

Seperti yang telah diketahui, aku pergi patah balik ke kereta tadi. Dan makcik tadi tiada di tempat dia berdiri tadi. Aku jengah kedalam kereta, tiada sesiapa di dalam. Ku pandunel kiri kananel, (ku pandang kiri kanan) , tak nampak.

Kemdian aku pergi ke arah sebelah kanan kereta itu, (sebelum tu, aku berdiri kat sebelah kiri kereta), tak pueh hati, nak jugak cari. SEKALI TUUUUU!!!!!!!!


Aku nampak makcik tu duduk dah kat atas divider jalan ( yang bersebelahan kereta itu jugakla)

Patutla tak nampak. Sebab dia tengah tunggu sambil duduk. Lepas tu, aku terasa segan plaks, sebab mesti makcik tu heran, kenapa la aku patah balik, belek belek kereta dia. So, untuk mengkaverina diri sendiri, aku purak purak cakap dalam telepon, dan kengkononnya aku tengah tunggu member nak sampai jugak. "Ha! Kenapa tak sampai lagi? Aku tunggu nih!" - Ayat aku berlakon. Ekekeke. Sambil tu jugak, husband makcik tu sampai, dan mereka berdua naik kereta dan zoommm...hilang kedalam kegelapan malam.

Aku balik ke bilik dengan senang hati. Fooh...Lena tido aku malam tu..:-)

Ekeke..Takde apa-apa lah u ols..Memang orang. Nak aje aku cakap ngan makcik tu, janganla duduk tempat gelap, tunggula kat lobi, terkezut I ,makcik...sambil diiringi lagu bekground "Berdirik buluk romaaakuuuu"

Walau bagaimanapun, malam tu, dekat dekat lepas doblas malam, aku dengar bunyi macam budak budak lari lari ketawa kat hall luar. Ha, tang tu aku tak cek la..Aku tarik selimutttt je!

Tuesday, January 12, 2010

Misteri Nusantara

Oh minggu minggu yang busy dengan outstesen sampailah awal bulan Feb nanti.

So, ditakdirkan cerita, makincek pergi outstesen pada hari Khamis dan Jumaat lepas. Cam biasa, stay lah kat hotel , kan. Dan seperti biasa, hotel hotel ini kan kadangkala, agak menyeramkan, dengan kengkadang ada cerita cerita yang kurang menyenangkan dan meremangkan segala buls buls yang ada.

Dikisahkan bahwasanya, pada hari itu, yakitu hari Khamis pada malam Jemaat pulak tu, ketika itu, aku baru balik dari beli makanan untuk dinner pada malam itu. Hotel yang aku duduk ni, agak jauh kedalam, sebab dekat dengan laut, dan jugak takde ramai guest sebab bukan cuti sekolah. Nak masuk kedalam (dari bandar) tu agak spookyla jugak.

Tempat parking hotel tu terletak kat depan hotel je, so lepas beli makanan, aku parkinglah kat satu parking spot yang kosong. Sekali tu, lepas elok je aku parking, dan nak keluar kereta, aku terkejut!

Terkejut kerana ada seorang makcik , aku rasa dalam awal 50-an, dengan pakai tudung hitam, dan muka dia agak gelap jugak, berdiri di hadapan kereta yang memang sedia parking disebelah keretaku. Area tu agak gelap, so,aku heran kenapa makcik tu diri depan kereta. Korang kena imejin camni keadaannya ya. Kereta tu parking menghala kedepan, bukannya reverse parking ya, sama macam keretaku jugak. So, kalau aku, aku takkan berdiri depan kereta, tapi, aku akan berdiri di belakang kereta, sebab area tu lebih terang dan jugak,menghala ke jalanraya lah kan.

Dengan rasa berdebar, aku cakap ngan makcik tu, "Makcik tunggu siapa?"
Sekali tu dia jawap dengan suara mendatar," Tunggu suami makcik"

Aku rasa lega, dan terus berjalan ke arah hotel. Aku lega sebab dalam hati aku, "hantu takkan boleh jawap dan bercakap dengan aku, kan". Tapi, sampai sekerat jalan, otak aku cakap lagi pulak, " Eh, kalau boleh camno?" So, aku kena sedapkan hati aku.( sebab aku kalau tak tahu dan tak betul-betul sure, otak aku akan tertanya-tanya, dan lagi aku tak sedap hatii je). Untuk menyedapkan hati dan to make sure, really really sure that makcik is human, aku patah balik ke arah kereta. Dalam hati aku kata, kalau aku patah balik, dia takde, maknanyaaaa...dotdotdot, dan aku akan lari lajuuuu ke hotel.

So, aku patah balik, sekali tuu, aku tengok makcik tu dah takde depan kereta tadi! Kereta masih ada, makcik tu takde!!Jantung aku dah berdegup kencang.

Apakah penyudahan cerita ini? Adakah makincek lari mencicit ke hotel?

Kita saksikan jawapannya esok..eekekekekeke.. Kasik saspens skets.

Monday, June 1, 2009

Tioman yg indah

*Ralat ralattt...Tioman lahh, bukan Langkawi..hahaha...Poii, takdelah aku beli correlle, aku tengok coral jek..haha



Indah sungguh panoramaaaa,bagai pulau nirwana, ulalaaa,

Tuesday, November 18, 2008

Ok, I ols adalah sangat bizi occay...

Tiga hari pertama kat area Ampang Park, dua hari kemdian kat Klang. So, minggu ni lebih kurang takde masuk opis langsunglah.

Makincek ni kalau masuk area KL memang almalaslah nak drive. So, naiklah LRT. Memang seperti dijangka, LRT pada waktu pagi adalah merupakan struktur terapat padat , pagi yang nyaman dengan bauan yang agak harum manakala di waktu petang, masih lagi struktur terapat padat tetapi dengan keadaan yang panas, dan bau yang ahmatttlah mau pengsan lagi memingsankan. *mintak nyawaa*

Dan jugak a, aku nih, (bukanlah macam bagus bebeno) tapikan, adalah sikit sikit perihatin gitu. Aku heran sangat kenapa orang dalam LRT masih ada yang kureng prihatin dan kureng rasa kasian pada insan -insan yang berkena'an *tunjuk ke arah khayalak ramai guna ibu jari*.

Begini ceritanya, ketika dalam train perjalanan pulang ke Taman Jaya, dari Ampang Park tu, aku memanglah berdiri. Sebab takde tempat dudukla kan, sampai kat Pasar Seni, ada orang bangun, lalu aku duduklah kan. Tiada masalah prihatin disitu.

Tapi, sampai the next stop, ada saorang perempuan yang peknen. Memakai tudung berwarna ijo, berbaju peknen ijo yang beso.Iya perutnya pun beso telah berjalan masuk.. (Terus imejin Sempoii u ols) hehe.

Aku nak bangun, tapi, aku tengok orang sebelah macam nak angkat-angkat beg dia, macam ready nak bangun gitu, so, aku diamjela kan, dah ada org nak bangun, aku pun baru je dapat duduk, kan? Fairlah kiranya. Tapi, eh, aku tengok dia tak bangun-bangun. Kenapa ek? So, aku pun, teruslah bangun kasik Abang Poii tu duduk...:-)

Kemdian, rupanya, orang sebelah aku tu dok ready ready nak bangun sebenarnya nak keluar at the next stop. The next stop u ols! Apalah salahnya, kalau dia terus je bangun sementelah (betul ke penggunaan sementelah aku ni) dia pun nak turun kan...

Teruslaaa aku macam hangen je u ols. Terus makincek "astagapar, astagapar, sabar tina"

Oh ya, hari isnin kan, aku tunggu LRT dari Taman Jaya nak ke Ampang Park tu mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tunggu je setengah jam, belum lagi naik LRT tu! Sebab LRT ke arah Ampang Park tu penuhhh manjang.

So, hari ni, aku naik dari Taman Jaya tu menghala ke Kelana Jaya dulu sebab dia kan buat U turn kat Kelana Jaya. Bila orang turun kat Kelana Jaya, aku dapat tempat duduk terus..terus aku tido sepanjang jalan sampai Ampang Park.

Ofkos tido tido lite lite ayam kan, kalau tak terlopeh pulak buat lagi satu round sampai ujung, patah balik, bole imagine berapa round aku naik LRT? Hehe..

So, esok bolehlah aku buat lagi gitu. Walaupun aku terpaksa melawat kawasan kelana jaya, patah balik bagai, sebab aku dapat duduk dan tak perlu laga laga ciktots ngan orang lain... yay:-)

Wednesday, July 30, 2008

Batu-batu

Meh tengok gambar batu. Batu ni baru beli. Nama sebenar dia, sila tanya Poii.
Aku ni jenis yang bukanla peminat batu, tapi, tadi tengok terkesima la pulak.

*Otak ko bergeliga, ya Aloyah, boleh bikin batu cincin..

Posing sorang-sorang dari arah hadapan. Aku beli kat kedai sorang Chinese, abang Leng Chai tu nak kasik jual abis sebab mau pindah katanya, dia cakap:

Leng Chai : Ha, ini batu *ntahapanamatah*. Ini batu buat pandai.
Aku : Ooo..bagus tu, saya pun rasa makin bodo sket skarang ni.
Poii : *Gelak getik. Ini batu kasik kurang stress la..

Lantakla, kasik kurang stress ka, kasik pandai ka, bagi aku cantekkk dan hati terpaut, aku rembat.

Pastu, Poii kata, "Batu ni betul-betul ada aura. Kalau aku lalu kedai jual batu-batu ni, serta merta aku rasa. Aku rasa macam naik bulu roma belakang leher nih"

Aku cakap,"Itu bukan aura! Itu ko excited tengok batu tulaaa..Ko kan takleh tengok batu..Dasarrr..." Hehe..

Lagi satu, posing dari pandangan close-up.

Dari pandangan tangan ala-ala model. Haha.

Adik kuala pun nak jugakkkk!Aksi manja Adik Kuala yang sempat dirakamkan.

Lagi aksi adik kuala depan jam sushi.

Sekian jalan-jalan jumpa batu.

Tuesday, July 15, 2008

Jalan-jalan naik bas bersama makincek

Kan aku dah cakap dah, sampai terbelahak nih aku update.

Kali ni, aku story story u ya, pasal lawatanku ke Spa urut mengurut, ahaks, dan kemdian kena plak bersempitan balik umah naik bas.

Mula-mula, kita pergi memasukkan diri ke Jakuzi dahulu..Kemudian diikuti dengan urutan aromaterapi..Hehe..Sungguh enak banget yach, ibuk ibuk pemirsa di rumah.
Selepas lega tu, terpaksalah naik bas kerumah. Mula-mula, kena call resource person dulu, Abang Poii tentang cara-cara naik bas untuk sampai ke rumah. Hehehe.. Abg Poii dengan kerek menjawap (mementang itu sexpertise dia), better ko naik LRT sampai Universiti, pastu ko tunggu bas nombor U81.
Iyaaa..Makanya makincek pun ikutinlah pesanan Abg Poii yg hensem , bertambah kiut sekarang itu. Ni, time ni tengah menunggu bas, sesambil tu teringat Delinn di rantauan....hehe..Eh, Delinn di Sintok..Dulu, inilah tempat dia nih...
Kemdian, bas sampai...Humang ai...Gila penuh, dengan mat mat Indo, mat mat aBangla..Dahler time tu, aku pakai baju Djakarta yang Abg Poii jugak bagi tu, terus feeling2 ada kat Indo pulak..hahaha..

Oh ya, masa aku nak naik tu kan, ada makcik depan aku, belakang aku ada itu sorang Machaaa. Dia tolak2 masuk, so, macam terhimpitla ke aku kan. Aku dan dan terus mengeluarkan senjata aku yg paling tajam, iaitu Siku. (Ko tanya la org2 kurus, siku diaorglah benda paling tajam dalam donia) Haaaa...Kan dah kena siku..Wakakakaka... Nasib baik Abg konduktor tu nampak, terus Macha itu dimarahin..."Sabarlaaa machaaa...pelan pelan naiklaaa, semua boleh naikkk"
Berdiri sekejap, lepas tu dapat dah tempat duduk. Hishh...Terukla dalam bas tuh. Punyalah ramai orang, semua berasak2. "Oksigen!oksigen!" Makincek jerit dalam hati. Sesak napas dik oii...

*Iklan : Pesanan kat Cik Sherry Dins Taekwondo. Silalah hantar dan bawa pulang Abang Poii pergi dan balik kerja, kerana , jika mak sendiri rasa suffocate, anak lagilah berganda suffocate. Sanggaaaat tidak baik untuk kesihatan anak dalam perut. Makanya, jangan benarkan Abg Poii naik kenderaan awam buat masa ini.*

Korang tengokla, kononnya 37 duduk, 28 berdiri. Betulla 37 duduk, yang berdiri aku rasa bukan 28, ntah ntah 88. Tengok tuh gambar, tak elok untuk ibu ibu mengandung tau *Jeling Cik Sherry lagi, sambil siku-siku lite-lite* Itu baru yang sesak napas, belum lagi bila bas tu langgar lopak, atau jalan yang tak rata, bergegar usus akak, dek non!

Sekian. Jalan-jalan dengan makincek naik bas kali ini.

Mari jalan-jalan cari kerja bersama makincek

Jom, jom, kita tengok gambo. Aku tulis bebanyak pun bukannya korang baca pun nanti, korang ni suka tengok gambo je kan? Meh ikut makincek pergi jalan-jalan, yuk!

Di kala ini , baru bertolak ke tempat arah tujuan itew.
Indah sunggoh panoramaaa...Bagai pulau nirwanaaa..u laaalaaaaa...tropikaaaa...
Pah tu sampai ke jembatan raja muda hensem nih. Orang Kuale, Lan Mee Too , kalau tak tau jembatan nih, siap dia.
Jalanla dari keluar tol tu, sampai sejam setengah ke sini, jumpalah pekan ni...
Yang ada binatang bertanduk gini, glemer kawasan nih. Kalau sampai sini, kena makan bintang ini, tahu anak anak semuaaa?
Kemdian nak jalan ke tempat kerja tu, jumpa kereta terbabas masuk parit.
Sampai kat tempat kerja, disambut oleh Cik Mbu.
Luar tempat kerja itew.
Mesin yang kena dikerjain. Ini mesin aaa, sebesar living hall rumah tuan tuan dan puan puan yach.
Makincek jalan dengan kerek sebab bukan kena buat kerja pun, kena tengok. hahaha..

Sekian, jalan-jalan sama makincek kali ni. Lepas ni, jalan-jalan sama makincek naik bas pulak.

Tuesday, February 19, 2008

Makincek melaporkan dari Ganu

Sorrylah kalau ada yang menjenguk bilik makincek nih tapi masihh je pengantin baru tu duduk atas lagi..hehe..

Oklah, makincek sekarang berada di Ganu, berhempas pulas buat kerja nih, sampai ke malam u ols.

Ni nak update pun sebab nak tulis ada betul ka ini yang korang order dari makincek nih..

delinn lekor losong 10 hengget
yam lekor losong 10 hengget
limah lekor losong 15 hengget
kepok ikan belum goreng 2 bungkus
makcik kepok ikan belum goreng 1 bungkus
ima kepok leko 10 hengget
deo kepok kosong segera 5 bungkus


Korang, ada betul kaaaa...

Sekian. Makincek melaporkan dari Ganu Kite...

Tuesday, February 5, 2008

Nippon : Day 9 and Day 10

Hari ke sembilan, siang hari tak keluar kemana-mana, suhu kat luar terlampau sejuk, lagipun malam ni ada farewell dinner orang2 Jepun tu buat.

So, dalam pukul 6.30 petang gitu, kitaorg jalan jek ke restoran tuh, nama dia Jembatan Merah. Restoran Indonesia, sebenarnya kedai tu kalau nak makanan halal, kena sebut awal2 dan dia siapkan. So, penyudahnya, kitaorg order vegetarian jek, tahu, tempe (tempe lagik!) , sotong, etc. Boss boss Jepun semua ada, siap berkot kot bagai . Siap berspeech-speech bagai. hehehe.

Sorry, gambo makan takleh nak upload sebab dalam komputer satu lagi, malas nak transfer.

Dan keesokan harinya,Hari ke 10, pagi-pagi dah bangun sebab flight pukul 10.30 am gitu, kena ada kat sana pukul 9.30, satu jam perjalanan dari hotel kitaorang, so, keluar dalam pukul 8.30 gitu. Ada bas lagi bawak kitaorg. Bagus tau kompeni Jepun nih, jaga kitaorg dgn baik. I'm gonna miss the clean japan, the polite japan, the canggih punya toilet japan, the beautiful and cute japan..

Sayonara Nippon...Panjang umur jumpa lagiiii...

Posing sakan kat Narita Airport. Seronok bebudak ni nak balik.
KAt dalam plane, legaa rasa dengar bahasa melayu dan suara orang melayu bercakap dalam annoucement stewardess n pilot dia..
Dalam teksi on the way home, sungguh gumbira tak payah pakai baju tebal2! Matahari memancar, dan tak sejukkkk!
Bebudak ni kemaruk main kolam nih, kat sana tak dapek nak swimming2 bagai..

Ok, end of Chapter Jalan-Jalan ke Nippon....

Wednesday, January 30, 2008

Nippon: Day 8

Day 8 : Hari Rabu, sesiangnya duduk kat bilik sajork. Adala keluar sekejap beli makanan. Selebihnya , duduk saya di bilik sambil tengok TV Jepun. Anak2 aku suka betul cenel NHK EDU pagi-pagi dan petang2 ada rancangan kanak2. Aku pun tengok sangatlah kiutnya, patutlah budak berdua tuh sesambil tengok, terlompat-lompat mengikut orang yang dalam tv tu buat. Comel tau, dahle comel, lagu sedap2 pulak tuh. Sungguh catchy, sampai aku pun ralit tertengok sama..hehehe..

So, petangnya baru keluar. Mula-mula, pergi Ueno, pergi Hard Rock Cafe dia. Cam biasalah, mesti aku pergi tempat nih kalau aku pergi mana-mana pun. Lepas tu, naik lagi train, pergi Akihabara. Kalau datang Tokyo, tak pergi Akihabara memang leee saja tau. (Err..ni khas untuk orang gila gadget macam aku n Cik Uci) Diaorg panggil tempat ni Electric Town. Ko cakap je nak apa, semua alatan elektronik, game, jam, barang letrik yang lainnya, macam-macam ada. Kedai berlambak, banyak gila sampai tak tau mana yang aku masuk. Setiap kedai ada camera/phone demo yang betul punya tau, bukan macam dummy kat mesia tuh. Uishh...Berpinau mato den dibueknyo.

Kat McD, beli fries, fish fillet, susu, dan apple pie.
Lagi gambar sushi, tengok berapa banyak aku makan.hehehe..Sempoii, silalah terliur yaaaaa...
Kat dalam train. Kat sini kan, siap ada annoucement, sila turunkan volume henpon anda, atau tukar ke vibrate mode, and please refrain from talking on the phone. Orang Jepun ni betul2 menghargai kesenyapan. Diaorg paham kot, berapa ramai orang naik keretapi satu hari. Kebanyakan diaorg nih duduk luar Tokyo, datang Tokyo untuk kerja je hari-hari. Everyday commute. Jauh jugak tau.
Dekat Hard Rock. Beli tiset. Cam biasalah.
Welcome to Akihabara! Japan Electric Town!
Akihabara nih ada macam-macam u ols. Murah jugaklah, tapi tak semua barang. "Terpaksa" lah jugak aku "terbeli" satu dua barang. Hehehhee...

Hm...Esok tinggal satu hari je kat sini.....