Showing posts with label ilang barang. Show all posts
Showing posts with label ilang barang. Show all posts

Friday, November 14, 2008

Tak abis lagi part 2

Ok, cik seben dah pergi meeting dgn eshesbisi semalam, rupanya macam sessi interbiu gitulah, oleh pekerja eshesbisi tu. Kena bagitau balik, pukul berapa ilang, hari apa ilang, hari apa call eshesbisi untuk kensel kad, dan macam-macam lagila tanya.

Sempat tu pegawai eshesbisi tu tanya, "Awak ada kenal atau ada kawan-kawan yang badan gempal macam saya(ngaku pulak gempal ya..), ada botak sikit kepalanya" . Laki aku kata, tak de kawan yang macam tu, yang gempal ramai laa..hehe.
Ingatkan apesal dia tanya, rupanya, lepas tu dia tunjukkan rakaman vedeo orang yang merampok kad kredit tuh.. Ada dua orang , Melayu jugak..(Sedihlaaa, orang melayu jugak yang mencuri bagai, tak ikhlas, agaknya takde duit lepas raya nih, Allah sajalah yang ampunkan dosanya)

Tapi, lakiku kata, tak clear mukanya, resolution kemre tu teruk beno..Aku heranla, kenapala tempat yang penting2 macam tu kemre taruk yang cikai2. Itu sekadar nak penuhkan syarat utk insurans saja ke? Tak terfikir ke kalau ada rompakan, yang sekarang ni sampai bunuh membunuh, takkan tak nak tengok muka perompak tu bebetul.

Tak paham teman.

So, la nih kena tunggulah result cemana, sebab ni semua terpulang kepada pegawai penyiasat dia.

So, ini pun pengajaranlah kepada semua. Termasuk aku, sebab dulu aku pun ada kad kredit eshesbisi ni, dan masa nak terminate, aku tanyalah the exact amount aku kena bayar, takut2 yang kat bill tak tepat kan..Dia bagilah amount tuh, sampai ke dua titik perpuluhan lagi tau, kira dah tepat abis tu lah kan, sekali tengok, bill datang lagi, dan aku terlebih bayar satu ringgit lebih ke dua ringgit gitu. Lepas tu, ada la orang call, cakap, " ada lebih nih, leceh sikit nak bayar cek amount sikit sangat , apa kata, kita hantar kad baru untuk cik, dan tak perlu bayar apa-apa, boleh fikir sekali lagi, kalau betul-betul nak terminate". Iyalah tu, adakah ini semua strategi dema ek? Tapi, aku kata, takmau. " Aku kata taknak taknaklaaaa!"Teman jerit, dalam hati. :-)

Dan lepas dua tiga tahun kot, bila tak tahan tengok bill tu tetiap bulan datang umah, aku gi eshesbisi tuh, suruh dia kensel bebetul, lantakla korang nak kasik aku cek 2 hengget pun. Dan betul, dapat cek dua hengget dalam sebulan lepas tu kot..hehehe...

Kena tunggulah nanti nih apa hasil pensiahsatan tuh. Ampat ribu ooo..

Wednesday, November 12, 2008

Laaa, tak habis lagi rupanya..

Ok, esok, cik seben ada meeting dengan HSBC. Dah tau dah kat kedai emas mana yang orang tu buat transaction. Kat Dyana Jewels. Bila aku cek kat website, Dyana Jewels ni ada kat SACC Mall, Anggerik Mall dan Plaza Masalam. Ada sesapa kenal tokey dia tak? Hehehe..Leh nompang tengok rakaman video(kalau adalah)..

Monday, November 3, 2008

Kes copet dan teka teki

Oklah, lama terbengkalai nih cerita kes pencopetan itu berlaku.

Kisah ini, adalah contoh dan tauladan kepada semua.

Pertamanya, pastikan, bila masuk toilet tu, tak kira perempuan atau lelaki, kalau perempuan, kalau sangkut beg kat dinding tu, dan kalau lelaki-lelaki yang nak memerut tuh, sangkut seluar kat dinding tu hati-hati. Sebab , orang yang berada di toilet sebelah, yang berniat tidak elok, boleh mencopet tas tangan anda, ataupun dompet di dalam seluar anda itu tadey.

Yang keduanya, tatkala anda mau melapor kepada Tuan Sarjana, di Polisia Kantora itu, laporkan bahawasanya dompet anda telah dicopet, bukan "keciciran di mana-mana saya tidak tahu"(itu ayat polis eh, haha..aku masa ilang beg sekejap dulu pun tulis cam gitu jugak). Karena, jikalau sekiranya, tuan-tuan dan puan-puan membilangkan bahawa dompet itu dicopet di dalam laporan polis, anda tidak perlu membayar denda seratus hengget kat JPN masa nak dapatkan mykad baru. Oleh karena, lakiku ikut saja cakap polis, "dompet tercicir dimana-mana saya tidak tahu", walhal sebenarnya betul kena copet kat toilet TESCO SHAH ALAM, dia terpaksa membayar denda seratus itu u ols.

Yang ketiganya, pasal kredit kad tu, ok, settle, kena bagi laporan polis, dan bank akan uruskan selebihnya. Tak payah bayar, phewww.. Setelah dibelek haritu, dia buat dua transaction sebenarnya, satu harga seribu lebih, satu harga 2 ribu lebih, tu yang total 4000 tuh. Beli gelang dengan rantai gamaknya. *Geng Poh Kong sila confirm , berapa besau gelang dan rantai dapat itu rega.

Yang ke empat, betullah kata Walid, itu gambar horn keretaku. Famil dah ada sipi-sipi je cakap pasal dashboard, tapi tak tepat. *dia kena sipi,melekap di bahu, saya ketis, melayang ke muka direktor amad nisfu* Will calling-calling later for the stabak.




Tula, jem lagi, kan bosan amik gambo dah aku..

Tuesday, October 28, 2008

DOMPET HASBENKU ILANG

Kena curi u ols, rasanya pickpocket nih. Dan jugak orang yang amik wallet tuh, siap nih, pakai kredit kad lakiku, (yang laki aku lupa akan kewujudannya) , dan beli apa kau tau, BELI RANTAI EMAS!! Yang berharga RM4000++!

Sebenarnya kad HSBC tuh, laki aku dah kensel. Tapi, disebabkan laki aku ada terbayar lebih kad kredit tuh, (terbayar 0.15 sen ke hapa)tu yang macam seolah-olah masih aktif, walhal, dah kensel dah. Cumanya, dia takdelah kena bayar lagi tiap-tiap tahun yearly fees ke hapa. Dan kebetulannya pulak, kad kredit tu masih ada lagi dalam wallet tuh.

H*ramj*dah betul pencurik tuh. Pandai tuh, dia beli emas, nanti boleh pajakkan emas tuh, dapat duit cash. Terer tak terer pencurik tuh, meamng itulah keje dia agaknya.

Ni tak taulah nasib cemana, nasib baik laki aku buat laporan polis hari semalam jugak. Dan kata bank, boleh kemukakan ke bank, laporan polis tuh, dan mungkin tak kena bayar la. Tapi, mungkin tuhhh! Huh. Nantilah aku update apa jadik ceritanya pasal kredit kad tuh.

*mode : marah kat pencopet*

Wednesday, April 23, 2008

Ya Sarjana, Buah Kana, Ana Sudah Kenaa

Pagi-pagi pergi kerja, dah sampai opis baru perasan, purse gue keciciran.
Nekkk! Itu wristlet yang baru beli tu nek, udah ilang kemana tatau..
Waaaa...

Ingatkan tercicir kat front porch, so, balik semula rumah. Dan tak nampak. Siap tanya Pak Guard lagi, ada nampak tak dompet tercicir tengah jalan. dia pun geleng-geleng. Siap bagi pendapatan yakitu,"tadi itu orang angkat sampah sudah mari".
Orang angkat sampah? So? Ooo..Kalau ada tercicir pun, surelah dah 'selamat' yek, Pak Guard.

So, makincek pun dengan sedihnya pergilah ke Polisia Kantora buat report. Encik laki tunggu je dalam kereta. Siap buat dialog busuk itu sebelum aku masuk balai pols, " Ente namfak ini batu?" Hahaha..Itu Sarjana Buah Kana yang ada batu.

Aku masuk je adalah dalam tiga org abg pols yang tak berapa nak kendo..hehe..
Memula tu, sorang tu amik statement.Abg pols ni memang suka mengusik ek.
Dah abis cakap, komputer rosak, "hang" la pulak. Sesia je buat report. Hish, sementara tunggu tu aku SMS encik uci, mengadulah, lambat betul keje. Cik Uci kata, "Sabar..Kang dia tunjuk batu." Ceh..

In the end, kenala pergi ke komputer lain, abg pols lain pulak amik statement.

Verraapa punya 'efisien' daa...Time amik statement tu abang pols tu tanya,

" Apa hilang?"
Aku : "Lesen Memandu"
AbgPols : "Lagi?"
Aku : "Kad ATM Bank dot dot.."
Abg Pols : "Lagi?"
Aku : "Kad Kredit Bank Dot dot"
Abg Pols : " Lagi?"
Aku : "Duit sebanyak dot dot dot , tunaiii"
Abg pols : "Lagi?"
Aku : " Lipstik"
Abg Pols : "Haaa???"

Pastu, aku gelak getik..(hiks!).hehhe..

Nasib baik dia tak taip.

Waaaaa...penat tau, nak call bank itu, ini, nak kansel kadla, dahler tensen ilang wristlet baru tuhhh.....

Fooh.. What a day la today.