Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Viva Espana and Congratulations, Forlan!



Akhirnya.

Terbukti jua.

Juara Bola Sepak Donia.

Espana, adik beradik Screw Dreba.

Pertahanan ketat, susah nak terjah.

Perlawanan hangat, melayang-layang kad kuning dan merah.

Minit kelima, Sergio Ramos menanduk ke gawang, tapi ditahan, Jebat oleh Maarten Stekelenburg.

Dirk Kuyt pula membalas, dengan tendangan diluar kotak penalti, tapi, hambar.

Minit ke 11, Ramos kembali mengganas di depan pintu gol, tapi ditahan pula oleh John Heitinga.

David Villa pula datang cuba merobek gawang, pun kesasaran.

Belanda mula rasa tertekan, pemain Espana terus diasak bertubi-tubi dengan agresifnya, bak buldozer yang melanggar apa saja penghalang. Ganas ko , Belanda.

Akhirnya, dapat tendangan percuma , malangnya Wesley Sneijder tidak dapat melunaskan hajat Belanda dan bola ditawan oleh Casillas.

Perlawanan berterusan lagi, kali ni lebih ganas, kad -kad kuning mula melayang-layang. (Takde sesapa ke boleh curik kad kuning tu dari tangan penalti macam citer Shaolin Soccer? ekeke)

Cobaan demi cobaan oleh Belanda ditepis oleh Casillas. Babak pertama, masih tanpa jaringan.

Babak ke dua, minit ke 48 , hampir lagi Capdevilla mendapatkan gol jika kakinya boleh jadi lebih panjang macam plasticman.

Belanda melawan pada minit ke 52, dengan kali ini Robben menendang dengan power bola dari jarak jauh, tapi kesasaran.

Minit 62, Robben hampir lagi menjaringkan gol yang digelecek cantik, tapi bola ditampan oleh ketampanan Casillas hingga keluar.ekeke.

Seterusnya, David Villa pula mengancam gawang Belanda, tetapi berjaya diblok pula oleh Heitinga. Oiii.. Bila mau gol laaaaa..

Belanda menchoba lagi, dari Robben, hingga Van Persie membolosi gol Spain, tapi chobaan masih tetap chobaaaaan...

Hingga tamat babak kedua.

Terpaksa bersambung ke babak tambahan. Babak tambahan pertama, tetap tiada jaringan. Frustasi mula terlihat. Babak tambahan kedua, Heitinga yang cemerlang memblok bola, dikenakan kad kuning lagi kerana melanggar Iniesta, seterusnya dibuang padang. Kepercayaan dan kekonfidenan Belanda kian pudar akibat kejadian tersebut.

Tetapi, kerana perjuangan masih perlu diteruskan, Belanda terus bertahan. Malang bagi Belanda pada minit ke 116, Iniesta menjadi wira Espana dengan tendangan volley yang chantek melalui umpanan Cecs Fabregas.

Spain menjadi juara piala dunia 2010. Sepertimana ramalan Cik Mira. Sebab dia pilih jersey spain masa awal-awal game dulu. Cayolah Mira.



Diego Forlan, sungguh-sungguh layak mendapat Anugerah Golden Ball. All eyes switched to Atletico Madrid lepas nih. Masa ko main dengan Man U tak pulak ko gedebas macam nih , eh Forlan..

Pandanglah lihatlah, tiru macam sayaaa..

Friday, July 9, 2010

Kisah SUTUN lagi?


Bukan... Bukan kisah Adik ni ya. Kenapa tak ulang lagi cerita ni ek, bes tau.

Makincek paham korang semua dah muak dengar cerita pasal sotong, kan? Dekat facebook status naik muntah tengok semua tetiba je bercerita pasal Paul the soton. Orang lelaki pula (yang aku dengarlah) ada yang naik menyampah tengok status facebook bebudak perempuan yang tetiba je minat bola. Selama ni tak pernah sibuk dan kisah pun pasal bola, apsal sekarang bising-bising, Torres lah, Canavaro lah, Ronaldo lah, Messi lah, Kaka lah, lepas tu bebudak lelaki ni juga ada yang bising kata, "kalau minat betul , takpe, tapi diaorg ni minat takde pendirian, lepas team yang diaorg minat tu dah keluar, minat team lain, dan minat tu pulak bergantung kepada tahap kehenseman dan juga team tu power ke tak, kalau tak, takmo minat".

Kepada mereka-mereka orang lelaki yang merungut tak puas hati tu, jawapanku ialah, "chillax, man". Biarkanlah perempuan-perempuan itu mau berseronok juga, apa, korang ingat, mementanglah bola tu territory korang, perempuan takleh masuk kacau eh..

Orang lelaki yang berpikiran macam yang sebutkan diatas tadi, mungkin berpendapat yang bola itu adalah satu-satunya hak eksklusif lelaki. Kalau perempuan masuk kacau, bola tu dah jadi tak bes, kan? Korang pun dah rasa ilang umphh, hilang kejantanan bagai, bila perempuan pun masuk campur dan merosakkan identiti bola yang macho itu.

( Sebenarnya, itu pun apa yang aku rasa jugak, maaf ya perempuan lain. ekekeke..sebab aku tengok bola ni dah lama, bukan baru-baru ini, cuma betul baru ni nampak trend perempuan makin ramai minat bola. Dulu, aku boleh cakap tentang bola dengan perempuan tertentu je, bagus gak skang makin ramai geng..Cuma, please belajar tentang rule main bola cemana, apa dia foul yang menyebabkan boleh dapat kunin, or merah, yang mana tak perlu..supaya, takle nampak bodo je marah-marah referee tak prittt bila player kesayangan kena tackle..hahaha)

Utk org lelaki , kalau nak eksklusif sangat, korang minat rugby jelah. Kompem perempuan tak kaco. Ekeke.

Abis, ko tengoklah bola sekarang. Player semua glemer , nak nak yang esmem, berebut semua awek nak kenal. Bola dah tak macam dulu, time diaorg memang low profile, terkenal sebab semata-mata terer main bola.

Korang tengokla, painted toenails Ronaldo tu. Ado ko orang main bola cat cat kuku pakai kuitex (mak aku panggil kuitex nih..haha) macam Ronaldo nih. Dah lah dah ada baby , tapi masih poya-poya.

Patutla nak Portugal kalah cepat, ada alasan nak bagi, sebab nak balik tengok baby.Huhuhu.

Ha, tajuk kisah sotong, masih melarat pasal lain. Ekekeke..
Takmaulah citer pasal sutun, orang bosan, kan? Tapi, tak kisahlah tu. Tinggal Senin ni je kalau korang nak bising pun. Korang tak tau Paul ni dah jadik species terancam dah nih, siap ada ugutan bunuh. Ekeke.

Meh kita berkenalan ngan Sutun nih.

Nama sebenar : Paul Octopus
Nama timangan : Agent P, Paul masak sambal, Paul masak itam, Cumi dan Ciki.
Tahun lahir : 2006
Kelebihan : Tahan maki
Berat : (rahsia)but, on a diet
Makanan kegemaran : Mussel in a box with flag
Kekurangan : Buta warna

Apapun, am rooting for Spain, walaupun tak kisah sangat pun siapa menang, Dutch pun oke. Aku samalah macam org pempuan lain takde pendirian..;-pppp.

Wednesday, July 7, 2010

gefeliciteerd dutchs!

Tahniah Belanda..After waiting for 32 years, since 1978, berjaya jugak masuk Final.

Mari kita imbas sejenak apa yang berlaku pada 1978.

Final

The final, Argentina vs Netherlands, was also controversial, as the Dutch accused the Argentines of using stalling tactics to delay the match. The host team came out late and questioned the legality of a plaster cast on René van de Kerkhof's wrist, which the Dutch claimed allowed tension to build in front of a hostile Buenos Aires crowd. Mario Kempes opened the scoring for the hosts before Dick Nanninga equalized a few minutes from the end. Rob Rensenbrink had a glorious stoppage-time opportunity to win it for the Netherlands but his effort came back off the goal post. Argentina won the final 3–1 after extra time, after Daniel Bertoni scored and Kempes, who finished the tournament's top scorer with six goals, added his second of the day. The Netherlands, because of the controversial game events, refused to attend the post-match ceremonies after the match ended.[3] They had lost their second World Cup final in a row, both times to the host nation, after losing to West Germany in 1974.


Oooo...ko main psikologi ek Argentina...Kembang Kempes Kembang Kempes


The host was Argentina, who also won the title that year. Gila tamak. Ekeke. Suka pulak tengok dia punya maskot , Gauchito. Comeynyaa.
"Tendang! Tendang bola!"

Good luck in your finals, ya Belanda..
Sebagai penutup, mari kita buat peraduan teka berapa ilang gigi (bukan teka bola aa)


Makan sup boot sebijikDusyummmm!

Kisah ni berlaku masa first half, minit ke berapa tak ingat, tapi time tu aku terbangun, sebab ada alarm kereta jiran mana tah yang berbunyi. Terusla bukak tv, sementelah terjaga tuh. Masa tu , Belanda dah leading 1-0.

Demy De Zeeuw was booted in the face by Martin Caceres yang berpony tail, buat bicycle kick while De Zeeuw pulak buat header. Tengok replay in slow motion, terbang terbang rumput bagai..Adoilaaaa...

Monday, July 5, 2010

Don't Cry for Me , Argentinaaaaa!

Waaa..Team pilihan sulah out. Out! I tell you! Dimanakah lagi dapat ku lihat Maradona melompat-lompat keriangan dan lari berpelukan dibawah ketiak (sebab dia kan agak katik sket)team mates bila anak buah dia score goal.

Messi, kuharapkan pagar, pagar makan HD. Itulah, ko banyak buat aksi cucuk langit, kurang menyerlah ku lihat kao dalam game Werl Kap kali ini.
- Ala, makincek, janganlah marahh...meh group hug mehh...

-Sudahlah, toksah buat aksi kiut kiut peluk peluk bagai..Kao telah menghanchurkan hatiku..


Aku punya menu untuk minggu ini juga aku beralih kepada seafood , iaitu sotong. Sampek ati ko sutun , ko pilih Germany. Kang dah kalah Argentina. Ko kijam SUTUNNNN! Nanti, aku cabut kepalak kao macam sotong!

Nasib baik ada jugak berita gembira. Tahniah jugalah kepada Spain , kerana mara walaupun berdrama baik punya kalah drama swasta dalam game menentang Paraguay.

Very the over ini commentator..ekekeke..

Oh., on another happy note, Abang Nadal kita telah berjaya mengungguli carta Wimbledon. Felicitación!! Adakah Spain juga berjaya menjadi Jura Werl Kap kali ini, ataupun juga, tetiba je Uruguay yang menang.Geget!Geget!


Upcoming matches - Semi-finals:
Uruguay vs. Netherlands- (7 Jul 2:30am )
Germany vs. Spain- (8 Jul 2:30am )

Germany vs Spain, dah nampak macam Final je dah, bukan semi final.
Tatau nak sokong siapa lagi dah. Tinggal Spain je harapan. Bak kata Cik Mira, " Mama, kumpulan Spin tu memang tak?" Spin? Spain laaa. Iya, Mira Spin masih menang, kita nantikan episod seterusnya. Tapi, apahal laaa main pukul 2.30 pagi...Hampeh tul..Camno nak bukak mata..

Monday, June 28, 2010

England & Mexico makan nasi bungkus, Germany n Argentina mara.

Hai hai bai bai England. Germany :4 England :1.

Goal pertama yang cantik oleh Miroslav Klose, menyebabkan James tak mampu berbuat apa-apa.

"Opocot terlepas pulak"
"Oppss, terlepas lagi"
"Oops terlepas lagilah pulak, bola ni licinlah"

Penafian gol oleh referee yang pakat-pakat dengan linesman jugak, menyebabkan pemain England hilang arah tujuan. "Y habibi ya sheikh, Masukla tadi! Ana tidak percayalah!"

Teka baju siapakah yang diselitkan dicelah itu?

Terry dalam press conference, "Saya mengaku tak dapat konsentret bola sebab nampak ada satu awek cun dan sexy gila dekat area penonton. Saya minta maaf, dan kepada awek cun tadi, boleh mintak nombo telefon?"

Game awal pagi tadi pulak mek memang takleh nak bukak mata. Argentina telah menanglah, seperti dijangka..Argentina 3 , Mexico 1.
Messi dengan aksi lipas kudung. Walaupun ko tak pernah menjaringkan goal sebab asal dapat bola je kena obstruct, tapi, sumbangan ke arah mendapatkan goal memang mantops sekali.

Argentina akan bertemu Germany pulak selepas ini. Sure game yang lebih menarik nanti.

"Baik punyaaaaa!"

Sunday, June 27, 2010

Better luck next time

Muskulnya Abg Park

Ni semua sebab waiem tengok game nih...

Ngehehe...

Layan lagu Hampa , To'ki sat.

Wednesday, June 23, 2010

Yak yak yeah..

Dengan ini, makincek ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada skuad Korea Selatan kerana berjaya mara ke knockout stage. Chuka Hamnida..

Dan juga beribu ribu lemon tahniah kepada Park Chu Young kerana menjaringkan free kick goal pertama werl kap ini, dengan membend-it-like-bekham bola itu cantikk punya masuk ke pintu goal. Iya, Park Chu Young telah berjaya menebus rasa bersalah sebab jaringkan gol sendiri masa lawan Argentina tempoh hari.

Park Chu Yong finally berjaya celebrate gol yang sebenar.Tapi, apsal muka macam kurang happy.

Kita recycle gambar yang inilah happy sket..ekekeke..

Selepas ini, South Korea akan bertemu Uruguay. Semoga berjaya! Kenang daku dalam doamu.

Friday, June 18, 2010

Hattriguain..

Argentina Vs Korea. (4-1)

Perlawanan yang sangat menarik tertarik u ols. Tetapi juga, satu perlawanan yang berbelah bahagi. Selalunya, mek akan sokong Argentina tanpa berbelah bahagi..Kemdian, mek juga sokong Korea tanpa berbelah bahagi. Tapi, bila dua-dua lawan, terus berbelah bahagi. Adakah aku akan lebih pilih "In HD" *sambil senyum dan angkat satu jari* ataupun anyeonghaseyo.


Ish, lantaklah.Tengok jela siapa-siapa pun yang menang, mek suka. Dahle Cik Epan pun mek belikan baju Argentina No 10. dan Cik Mira pun ada jersey gak, tapi dia pilih sendiri, jersey Spain. Boleh tak aku nak speku, sebab baju ni pilihan anak aku sendiri, final nanti Argentina lawan Spain? Tapi, kalau Spain main macam aritu, haiyoh, takut I olz.Macam takde peluang jer. Memang kerek betul, dia fikir dia complacent sangt le tuh, group dia takde team team glemer power. Amik ko.

Macam la jugak semalam, Argentina. Ingat dah nak abis half time, main pun macam malas je, leka! Masuk jugak sejibik, kan? Chung Yong, nasib baik masuk. Kalau tak, bikin malu je. Bravo disitu.

Aku suka betul game malam tadi, walaupun memang nampak kesuperioran Argentina, Korea kecik-kecik pun, melawannn. Aja-aja fighting betul Korean tuh.

Pastu, nampak sangat, Korea mark Messi jer. Asal Messi bawak bola je, satu team Korea jaga/tutup dia.. Hahaha, macamano nak score. Tapi, bila semua orang jaga Messi, striker yg lain camno? Haaa, aku tengok goal-goal Higuain (berbelit lidah teman mau menyebutnya) , nampak sangat, dia free, cam takde org jaga.

Hahaha, Korean ni lawan dengan Messi sorang jeke?

Pilihan Striker terbaik Cik Uci - Park Chu-Yong. Hampeh betul taw. Hahahaha. Mementang ler dia menggolkan sendiri dengan cantiknya dan beri mata 1 gol kepada Argentina.. Tapi, Park Chu Yong tu kendo jugak , kan? Ekekeke. Ya tuan tuan dan puan puan, sambil menengok bola, sambil cuci mata lah.
Park Chu Yong selepas menjaringkan gol utk Argentina.Ekekeke..

Apapun tahniah kepada Gonzalo Higuain kerana menyempurnakan hat trick pertama musim Werl Kap ini. Abisla ko, kena mark jugak macam Messi untuk game lain.

Untuk Korea, takpe, ini hari hari dia. Cuba lagi di lain kali.

Monday, May 12, 2008

Yak yak yeaaaaa!

Tak sesia tido lewat malam tadik..

The 10th Premier League win!!!

Ok, lepas ni kena concentrate on Champions League plak. Semoga menang! Aja aja! Fighting!!

Hahahha.Gambar sangat blur sebab terlalu excited!

Makincek : Sir Alex Ferguson,congratulations on finishing up a successful premiere league season, you must be very proud of your team's accomplishment! What are your comments on the game played by your team, and what are your hopes for the Champions League Final?
Atok memang gembira bebeno, ate komer semua tak nampak atok lompat-lompat masa Giggs score goal nombor dua tadi? Tok harap, biorlah Champions League tu atok menang jugak, kalau tok menang, samolah bilangan title yang club atok ni menang dengan bilangan Liverpool memang yakitu lapanbelas. Atok dah tue, tak ade ape ape lagi tok nak mintak, tok nak mintak title champions league je pulak tahun nih. Hehehe..


Iya, eden pulak cuma nak tunjuk kat semua pemain muda, yang eden, walaupun dah veteran tapi masih menyengat, okla tuuuu..


Syukurlah kerna saya dapat jua menyumbangkan satu gol penalti, walaupun, ada lebih dari satu penalti patutnya kitaorg dapat. Tak apalah, janji menang. Saya tujukan kemenangan ini kepada ibu saya, dengan ucapan Selamat Hari Ibu!