Showing posts with label Tips dapur. Show all posts
Showing posts with label Tips dapur. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Buah Kurmak!

Sekarang ni dalam email, macam-macam email pasal McDonald haramlah, ayam kat Tesco, kat Giant haram, ini semua takleh makan, kopitiam tak halal, dan macam-macam lagi. Kadang tu , kita yang selama nih, ok je, ataupun , mungkin jugak, tempat tu sebenarnya memang ok, tapi, sebab email-email tu, kita jadi was-was. Sila tengok website JAKIM bebetul, jangan tengok gambar yang disnap dalam email, untuk lebih kepastian.

Buah kurmak! Dia tulish bistik kat kedai Kopitiam Ah Seng Coca Cola tu harammm da!

Kalau nak halal betul, kena pergi ladang ternak ayam la pulak. Beli ayam hidup , kemdian sembelih. Tapi, siapa yang pandai sembelih zaman sekarang nih?* Pak Nyong pun dah takde*
Pak Nyong sudah berniaga manusia daa..Meniaga manusia lebih untung dari semelih ayam. Wow!

Saja nak suggest kat semua, kalau yang bebetul risau tuh, pergi je ke mana-mana pasaraya halal. Macam yang ini- Pasaraya Metamorf yang beroperasi di Pantai Dalam.

"Pasaraya Metamorf adalah sebuah pasaraya milik penuh bumiputera yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian terutamanya produk halal keluaran bumiputera. Selain menawarkan harga yang berpatutan, kami juga ada memberikan diskaun untuk pelanggan kami." - Kata pasaraya tersebut, dipetik dari website dema.


Cara nak gi senang je. Biasa tak makan nasik kawah Pantai Dalam, atau nasik kedai Kelantan, dia jalan yang sama lah. Paling senang pergi ke arah stesen komuter Pantai Dalam. Dia terletak kat sebelah kanan , depan deret-deret kedai, sebelum lalu bawah flyover, sebelum stesen komuter Pantai Dalam tu. Kedai tu korang tak perasan sangat sebab gambar dia dah lain dari yang kat atas tu.



Rupa dia macam ni kat depan. Jual barangan terutamanya produk halal keluaran bumiputera. Takyah was-was dah. Dia dah taking care semua barangan halal je.

Pakai baju bebek takleh masyuk, tau. Orang tukang beli pun kena halal gak..hehe.
Hari-hari dia bukak dari 7 pagi sampai pukul 8 malam.

Barangan semua , hatta rempah ratus semua jenama dan buatan Muslim.

Jangan harap nak carik Majalah Mangga kat sini *jeling Vad* Semua yang Islamik sajork.

Makincek sekarang beli barang basah sini je, sebab dekat ngan opis, time lunch tu, lari kejap, pastu simpan dalam peti ais opis. Petang baru bawak balik. :-)

Signing off,

Tuesday, October 14, 2008

Kisah Pak Bakar

Tips-tips ketika baru bermula kebakaran.

Iya tuan-tuan dan puan-puan, itulah tajuk syarahan kita pada hari ini. Hari ini bersamaan 14 Syawal 1429H bersamaan hari Thalatha tun anwa'in.

Mula-mula, kita kena basuh baju dulu ya adik-adik. Mula-mula asingkan kain yang berwarna dan yang kurang warna, kalau bilangan kain yang diasingkan tu belum mencukupi satu load basuhan, sila delaykan pembasuhan kain yang itu sehingga cukup korum.

Tetapi, oleh kerana pada hari itu, kouta adalah mencukupi, maka masukkanlah kain berwarna itu kedalam mesin basuh, masukkan dua cedok (cedok ke hapa scoop tu ah)sabun maxclean, dan satu penutup penuh softener petal di dalam tempat letak softener.(Mak, kenapa mak pakai satu penutup penuh, mak tak sayang kami lagi? *Bodo je rasa iklan tu kan?)

Ok, kemdian anda boleh lepak kat depan sekejap, sementara nak bersiap-siap pergi beraya. Oh ya, lupa pulak, pastikan hari tu adalah hari Ahad ada rumah terbuka kat umah Ted.

Kemudian, anda pasti akan rasa perut memulas, dan masuklah ke toilet utk menambah pelaburan. Sedang anda syiok itu, anda mungkin terdengar bunyi 'spark' daripada bahagian dapur tempat anda membasuh kain. Anda juga mungkin akan buat muka pelik sambil berfikir, 'takkanla ada spark kat umah aku, kalau kat power stesen tu adalah dengar' lalu meneruskan pelaburan.

Kemudian, setelah selesai, anda perlulah memasak air untuk dimasukkan dalam termos sebab nak buat susu anak didalam perjalanan ke rumah terbuka disamping membasuh botol susu anak anda. Ketika anda mula membasuh, anda lihat di bahagian belakang tempat membasuh kain telah menjadi gelap dan penuh dengan asap, dan anda lihat plug di dinding sudah terbakar.

Kejadian seterusnya, anda terus menjerit 'API, BANG! APIII!' (Hohoho, first time in my life aku rasa aku jerit api!api!). Sambil menjerit tu jangan lupa amik fire extinguisher kat tepi almari pinggan mangkuk. Sila pastikan juga anda memang dah hafal macamana nak guna fire extinguisher itu. Janganlah time itu baru anda terkial-kial nak baca instruction macam cerita Monk dulu, siap ukur jarak semburanlah, hahaha..

Kemudian, husband anda datang, dan anda hulurkan fire extingusher itu kepadanya utk digunakan, oleh kerana cik hasben sendiri tidak membaca instruction sebelum ini, dia kata, "ala, lambatlah, ambil air dulu". Anda, yang memang dah baca instruction sebelum ini, di saat panik, masih lagi ingat ingat lupa, terus memotong plastik yang mengikat kepala pin dengan gunting dan mencabut pin, kemudian anda akan mengetest-drive kan fire extinguisher itu sambil fikir, 'macam ni ke pakai?'. Setelah powder fire extinguisher itu keluar dengan sekali semburan, anda terus menjadi super hero a.k.a ahlil bomba, lalu talakan fire extinguisher itu ke arah api dan semburrrrrr!* Yaaaah, sudduttt semburrrrr!Gerak geri gasing!*

Dengan sekali semburan, api itu padam, sungguh cepat kejadian itu berlaku, husband pun belum sampai dengan air yang dia kata nak amik itu. Amik air semayang ke hapo.(Kejadian itu sungguh pantas,mengambil masa 0.05 saat, mari kita saksikan sekali lagi dengan aksi gerak perlahan)
(*RALAT : Dalam keadaan kelam kabut, aku ingat Cik husband kata nak amik air, tapi, sebenarnya dia kata, nak tutup main switch. Memang kena off semua sekali yach, untuk mengelakkan berlaku litar pintas yang lebih buruk)

Kemudian, sebagai dua orang juruterror letrik yang berdedikasi, investigatelah punca kejadian. *Ini bukan cobaan.. Ini betul-betul kejadian*

Setelah dibincang dari bermulanya kedengaran 'spark'itu, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 'loose contact' antara plug mesin basuh dengan soket di dinding itu lalu menghasilkan percikan api. Percikan api yang panas itu terus membakar plastik soket itu.

Kemudian, anda mungkin akan rectify kerosakan itu. Jika anda bukan juruterror letrik yang terror, *ngehehehe, silalah panggil technician letrik mana-mana yang bertauliah utk buat wiring. Jangan taram saja.

Dan jika anda pasti anda boleh menukarnya, maka gantikanlah soket itu dengan yang baru. Sebelum tu, kena lah keluar kejap, beli soket dan plug. Sementara suami anda menukarkan soket itu, anda hendaklah membersihkan bahagian dapur yang penuh hitam dengan habuk asap plastik yang terbakar tadi. Anda juga perlu membasuh segala pinggan mangkuk yang tercemar sehingga kelihatan anda baru lepas buat kenduri.

Sekiah kisah Pak Bakar kali ini.

Pengajaran :
1. Jika ada peralatan letrik yang kuat draw current macam mesin basuh, air cond, make sure contact dia adalah baik, jangan pasang longgar-longgar, kalau ada bau, atau spark, terus cek, jangan tunggu. *ntah la , sebab time tu aku kat toilet, tu yg aku tunggu dulu, sekali dah terbakar banyak...
Inilah ghopernya soket yang terbakar tuh. Gambar blur, mesti tangan aku menggeletar lagi nih...hehehe..

Terbakar, kotor jelaga dia sampai ke ceiling.

2. Pastikan ada fire extingusher kat rumah, malang tak berbau, walaupun kali ni memang berbau plastik terbakar. Thank you , EVERSAFE, ABC Powder!!
Penyelamat bangsa, ailebyu!

3. Tak dapek pergi raya umah Ted lagi!!! waaaaaaaa...tapi, syukurlah aku tak sempat keluar, dan rumah dapat diselamatkan. Alhamdulillahhh, *ini hint kena buat kenduri ke rumah aku nih*

Sekian tips kali ni...Tataaa...

Sunday, September 30, 2007

Chobaaaa aaann

I know what you think. A cupcake disaster. Famil, stop grinning like that!

Hey, what do you expect? This is my first attempt. And I tell you my first always turn out to be disastrous(not all first, though..*gelak getik*) Well,at least it's edible. Mira loved it! (But I guess that's definitely sugar talking.Hehe)

Ok. Let me explain the misadventure.

I've been browsing for Cupcakes pages for like ages, even ordered those cuties from Kak Pnut. And today,after browsing for the umpteenth time , I saw them calling to me. Desperately. Siap lambai-lambai ratu u ols, terailahh...terailahhhh buat daku....

So, after doing a little bit of research,(research u ols, nak buat cupcake jek), I took my first shot.

Tapi, ngelat jela kan, because I didn't make the cakes from scratch, the cupcakes were from the Nona Instant Cupcake, just add telo, water and butter. No weighing included.

But the point of making cupcakes is not the cake, but the decoration. That's why I took extra care in preparing the buttercream (i.e. the icing on top), but since I went shopping at Tesco, I couldn't find any quality decorating tools, (the tip, the piping bag, etc.) . Most of it are made of plastic. Belilah, anyhow..

So, when it came to the decorating part, sungguh berkobar-kobar. I prepared 3 colors of icing, pink, green and chocolate. Stuffed in the pink icing first in the piping bag (more like plastic bag je aku tengok), and began piping. Ok, not bad. Try the second color, this is where Tesco failed me. The plastik koyak, ok.

What am I going to do with the rest of the icing? I still haven't finish decorating! Hampehs taw. So, in the end, kenalah biarkan je cupcake aku terkontang kanting ala tak siap je cenggitu.

Hehehe..Sekian, terima kasih. Moral of the story, jangan buat cupcake memalam. Ngantuk.

Friday, September 21, 2007

Orang selalu sibukla buat topik menu berbuka, menu berbuka..Sahur camno?

Tuuu dia, panjang tak panjang topik mak incek kali inih. *Gelak getik*

Ok, so, what do you reckon my menu sahur would be like this fasting month? Haa...Not,no not the leftovers from berbuka ya. No way, jose mourinho..*Oh, by the way, betulla kan jose mourinho tuh bergaduh dgan Roman-Abramovich-susah-nk-sebut sampai kena pecat, tapi, kata diaorg, " He resigned, and it's of mutual agreement between him and the club to leave Chelsea". Oh, Dooniyaa, doniya..*

Ok. Sambung. So let's say, u will cook every morning, how do u manage to do that? Alaaa, very easy one. You'll need these items in your fridge at all times:
1) Burger Cik Ramli (Cik Ramlee punya tau, bukan Bang Berahim)*Bang Berahim, tulung bang berahim*
2) Bun/bread/atau yg sewaktu dengannya
3) Minced meat
4) Ikan masin
5) Eggs, bukan yang dua tu taw..
6) Loudest, cannot-turn-off-the-alarm-one alarm clock (Yang ni, janganla korang ngada taruk dalam fridge jugak)

So, hari-hari, korang bangunla dalam pukul 4.50 , 5.00 pun ok lagi. Kalau rasa hari tu nak makan nasik, masaklah nasik tu sebelum tido. Pagi2, tinggal goreng telur, ikan masin ka, tarukle kicap sket, dan ngap.

Besoknya, korang jua boleh goreng burger sajork. Goreng burger pun ada tricknya taw..Kalau korang goreng bodo je, memangla kureng sket. Burger jenis lain pun tak digalakkan. Very the tak sesedap burger Cik Ramli. Ehem..Buat suara kecik: *Cik Ramli, bangun Cik Ramli*

So, kekdahnya, u ols kenalah goreng burger tu takyah taruk minyak tau, sebab burger ramli nih abis kuo minyak time goreng. Goreng kejap je, then, flip it over, biar kejap je lagi. Then, u ols keluarkan, dan belah tetengah burger yang nipis tuh. Potong horizontal tau, bukan vertical! So that burger tu jadik lebih nipis, then sprinkle sedikit pepper, and kicap. Teruskan menggoreng sampai garing. Lebih sedap u ols...

Besoknya pulak, korang buatla roti john. Apa tah asal usul roti john tidaklah kuketahui. Adakah disebabkan rotinya yang panjang itew? *Gelak getik lagi* So, kalau korang pakai roti hot dog tuh, bolehlah panggil Roti Leman jela ek? Haahha..

Camne nak buat roti John ko kata? Hoh, sesenang ko menyebut aaaaaa..

Ada banyak versi. Tapi, versi yang mek praktikkan disini yelah, goreng bawang yang dah dicincang, anda ada dua pilihan, samada masukkan pes rempah kari atau pes serbuk ketumbar+serbuk jintan. Mak incek suka kari, so taruk kari.
Lepas tu masukkan minced meat. Masak sampai masak.
Lepas tu, masuk lam bekas, pecahkan telur,masukkan dalam bekas tadi. Amik roti, letakkanla campuran minced meat yang dah masak tadi n telur atas roti, dan goreng tanpa minyak lagi dengan cara terlangkupkan bahagian yang ada daging tadi ke dasar*huh..dasar!* kuali leper anda.

Kejap je, angkat. Sejibik jadi u ols. Dan tak amik masa lama. Lepas tu ngap bersama asben anda yang anda kena naik masuk bilik kejut itu. Hehe...

Besoknya pulak, makan nasikla pulak ke, pastu, roti balik, pastu, pastu, pandaile korang kan. Penat mak incek nak ngajornya.

Cau cin cauuuu!

Wednesday, September 5, 2007

Tips mengopek kulit bawang

Puan-puan dan adik-adik, selamat datang semula ke tips bersama mak incek. Kali ini, makincek akan mengemukakan tips dan panduan berguna ketika melakukan salah satu aktiviti wajib didapur, yakitu mengopek bawang.

Sebelum itu ya adik-adik, kenapalah agaknya asal kopek bawang je, pedih mata, asal kopek bawang je pedih mata. Asal nangis je, buat alasan kopek bawang? Why? Why?Tell me, whyyy????*Sambil aksi over tepuk tepuk dada*

*Diploma hapa yang ko pakai, baru kopek bawang je dah terpekik-pekik*

Sebenarnya menurut kajian yang mak incek buat sesambil duduk menyongket kat dapor tu kan, sebenarnya ketika kita mengopek bawang, anda akan pasti memotong lapisan bawang, dan ini mengakibatkan sel-sel bawang ini terbuka, sel sel ini mengandungi enzim yang mana bila terputus sel ini, enzim-enzim ini akan terlepas, dan perkombinasiannya dengan beberapa bahan yang lain di dalam bawang, contohnya amino acid sulfoxides, akan menghasilkan asid sulfenik, yang kemudiannya juga akan menghasilkan suatu gas .

Bukan gas yang korang lepaskan tuh,ya. “Itu aromaterapi”, kata Deo.

So, pabila gas ini mengembara melalui udara dan sampai kemata anda, dia akan berinteraksi pula dengan air didalam mata anda. Bukan air mata laa..Korang punya mata kan lembap kan. So, reaksi kimia yang terhasil ada macam2, salah satunya Asid Sulfurik yang lemah, dan inilah yang menyebabkan mata pedih u ols.. Dan dalam mata kan ada ujung saraf, yang pergi ke otak, dan otak kata, nangissss nangisss. Sebenarnya dia suruh mata keluarkan lebih cecair utk mengurangkan rasa pedih itu. Itulah sebabnya tuan-tuan dan puan-puan..

So, jangan katala, orang resdung senang pedih mata bila potong bawang la, etc. Crappy crappy crap crap le tu.

Setelah mak incek teliti fenomena tersebut di atas, mak incek juga buat kajian tips2 untuk mengelakkan kepedihan itu.

Jadi, untuk mengelakkan puan-puan menangis di dapor siapa yang tahu itu kan, maka nah, mak incek kemukakan tips-tips yang berguna untuk kegunaan masa hadapan.

1. Kopek bawang di dalam air. Iya puan-puan, korang kasik terjunkan bawang yang belum berkopek tu dalam air, dan kemdian kopeklah bawang itu satu persatu di selang selikan dengan celupan2 dalam air. Menurut kajian mak incek lagi, gas yang terhasil itu, tidak sempat untuk bergerak melalui udara, tapi, telah pun larut dalam air tu, so, tidak perlulah risau mata akan pedih segala. Ini sangat sesuai dipraktikkan oleh anak2 dara ketika kenduri, atau ketika di rumah mertua ketika kenduri, yang mana tugas mengopek bawang secara besar-besaran hanya boleh dilakukan oleh orang yang kuat matanya saja. Sekarang, anda tidak perlu risau, anda akan dengan penuh kondifennya, mengopek bawang sambil buat muka kerek-tak-nangis-pun-kopek-bawang kepada para tamu dan yang mana akan menaikkan saham2 anda sebagai anak dara, dan sebagai menantu. Ahaks.

2. Jauhkan kepala anda daripada bawang sejauh mungkin. Ini ideal untuk yang mahu mengekalkan rahsia mengopek-bawang-tapi-tak-nangis tanpa nampak bantuan air dan sebagainya. Dengan menjauhkan kepala anda sejauh mungkin, (err..janganla pulak potong paler tu letak jejauh yek. ) , anda akan menyebabkan gas itu disperse sebelum sampai ke mata anda. Disperse tu bahsa melayu kata apa ek, tersesar kot..sesaran maksimum gitu. Jadik, campuran gas yang pedih itu tidak dapat sampai kemata anda, atau, kalau sampai pun, sungguh minimum. Tapi, perlu diingat anda perlu display muka cool anda itu, dan tidaklah cuba buat gerakan mengelak-ngelak kepala seperti Jackie Chan dengan harapan mengelakkan laluan gas tersebut.

3. Bernafas kuat melalui mulut. Bila bernafas, anda akan tarik dan hembus nafas, kan. Dengan menghembus nafas kuat , gas itu akan pergi kepada pengopek bawang di sebelah anda, dan dialah pulak akan menangis beriya-iya sementara anda mengopek dengan riang ria. Sesuai dipraktikkan oleh mereka yang mempunyai musuh ketat yang duduk mengopek bawang di sebelah anda.

4. Pakai goggles. Ingat, goggles, bukan google. Korang nak google hapa kopek bawang. Goggle nih, boleh kedapatan di kedai-kedai hardware berhampiran anda. Ini adalah tips paling ekstrim tapi, sure berjaya. Ini sesuai untuk penggemar-penggemar science fiction , yang mana anda akan kelihatan seperti Darth Vader memotong bawang.

Sekianlah tips2 di dapor bersama mak incek kali ini. Sehingga berjumpa lagi.. Daaaa!