Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Lauk pauk untuk tatapan Ijip

Khas untuk Ijipku cayang, ku persembahkan lauk pauk iftar yang dimasak sendiri dan dimasak orang. haha..

Menu Day 1 : Asparagus Goreng, Daging Masak Kicap, Sup Ayam dan  Scrambled Egg

Menu Day 2 : Tak sompek masak, sebab outsteseng, tapau sate Kajang.

Menu Day 3 : Kubis Masak Lemak, Sambal Goreng, Sambal Belacan, Ikan Tenggiri Goreng 

Hari ke 5 : Tulang masak lomak cili api, Ikan masak kicap, telur dada  dadar, sambal goreng smalam, tembikai merah menggiurkan

Hari ke 6 : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, time ni aku ada buat kuih ketayap n kek batik, tapi kedua dua menjadi retarded, so takmo upload..haha

Day 7 : Piknik! Masak dari rumah, makan on da way to KLIA, hantar Cik Uci.  Pecal, Sambal Udang, Ayam Goreng Berempah, Kek Batik & Kek Stoberi

Day 8 : Ayam penyet, Sup Chicken Ball, Ikan Selar Goreng

Day 9 : Kuey teow kerang, spaghetti

Day 10 : Siakap Goreng laut dalam (deep fried), sambal tempe, sawi rebus. Lezzzaaat.




SELAMAT MENJAMU MATA, IJIP!!

Signing off ,

Thursday, June 18, 2009

Lagenda Choc chip tersohor

Ni bukan promosi aaa..Tapi, promosii besar-besarann!

Alkisahnya chocolate chip ni kan, masa aku mula-mula beli dari seorang rakan, hanya sekadar, "iyalah, beli jelah, kita kawan-kawan tak mau lawan". Sesudah itu, selepas merasai lho akan ceklat chip itu, timbul rasa yang seronok kerana rasanya sangat enak u ols. Nak kata manis sangat tak, nak kata rasa macam chocolate chip murahan yang korang selalu beli pun tak. Rasanya lain dari yang lain u ols. Nak kata macam famous amos pun ada, cuma versi less chocolate.
Lepas tu, makincek bawakla ke opis, biasala, sambil berenang , minum air, sambil menaip, makan beskut!

Selalunya makincek akan letak beskut nih depan makincek, depan pintu jugak cenggini:
Lambaian beskut menggamit mereka-mereka yang berkenaan..

Lepas tu, sesiapa saja yang lalu, akan masuk, dan rasa beskut. Oleh karena beskut ini sangat sedap u ols, makanya, selalulah muka-muka menebeng akan masuk datang tanya itu ini, sambil tangan membukak balang beskut itew.. Ada juga yang tak malu langsung, terus masuk , "aku nak beskut je"
Iya tuan-tuan dan puan-puan, maka pemesla nama makincek sebab orang akan sibuk tanya beli kat mana, siap ada lagi yang nak order..*iya, ini diorder dari hongkong*

Makincek memberikan thumbs up cap ngan yin kepada chocolate chip iniew.

Tak pasal-pasal la pulak, mek jadik pengimport beskut kat opis nih. Dari dua balang, ke sepuluh balang, dan hingga berbalang-balang kadang tuh.
Oh, beskut, walaupun rupamu idokle cantik bebeno, tetapi rasa mu tetap menjadi phoojaan hatiku...*cakap sambil ejas lubang hidung*

Makincek posing sakan depan ceklat chip..Siap buat sarang hae ko...

So, alang-alang dah cerita nih, ada sesapa mauk order, harganya satu balang , yakini , setengah kilo ialah doplo hengget sahaja. Sesiapa mau order, sila kasik tau nama , berapa mau, mana mau hantar, boleh order untuk stok raya punya..(penghantaran percuma ke lembah kelang, dan tempat2 yang makincek selalu pergi outstesen..haha) Boleh email ke mek, di alamat elyayusri.at.yahoo.com . "at" tu korang tukarla @..yang saya kenal tu, korang komen jela, nak berapa banyak..huhuhu..

Lelong!lelong!lelong!

Wednesday, February 27, 2008

Yuk!

Pada masa dahulu, saya berjalan-jalan melompat lompat dari satu blog ke satu blog orang yang lain.

Tiba-tiba, saya ternampak satu entry yang menggiurkan. Ianya telah melimpahkan saliva saliva dari kelenjar salivary.

Tiba-tiba, saya sangat teruja untuk mencubanya. Makanya, saya telah menganjurkan satu cadangan lawatan berbayar oleh cik uci ke tempat tersebut.

Kemudian,saya dan ncik uci, dan cik mira, dan ncik ipan telah pergi ke Lengkung untuk mencubanya.

Tiba-tiba, saya terus saja memesan banyak, dan sungguhla saya berpuas hati dengan rasanya, sungguh sedaaappp...*Bistik ni sedap, abang! Kalao abang tak mao makan, saya pon tak mao makan..(sambil moncong molot)
Tetapi, saya cuma tidak berapa puas hati dengan harganya. The mahal u ols.


Mari-mari bapak bapak ibu ibu pemirsa dirumah, minum teh botol sosro yach..

Saya order ayam penyet, daging penyet, bakso,sambal tumis petai,sayur kangkung,dan yang paling enak yach, sambal belacan..aduuuhhhh, pedas, tapi enak banget.

Cobalah makanan-makanan yang enak dan lezat disini.

*Iklan tak berbayar betul nih..hehe..

Tuesday, December 25, 2007

Selamat Hari Rayaaa, MenSUSHI hening dosaaa

Ahkak Waiem n Ahkak Orgy
Deretan sushi untuk dingap sayot
Ahkak Baby Vaderina tunjuk terer nak makan telo separuh."U ols jangan nak speku ahkak biasa telan telor bagai ni,nyah"
"Tolong! Tolong!Mek tercekik!!"
Ahkak Makincek dengan Pengerusi FC Mila a.k.a Kak Aidid nombor paling terlatest.

Makan-makan sushi sebelum raya haritu. Mereka2 yang menghodirkan diri, Ahkak Vaderina Yoko Yoko, Ahkak Waiem Tamaguchi, Ahkak Orgy Ajinomoto, Ahkak Aidid Takeshi, Abang Lan Mitoo Oto San dan mestilah ahkak sendiri kannn...

Sesampai je, macam tak de orang je kat Sushi King tuh, Tapi, rerupanya Orgy dan duduk dendiam makan sushi dulu kat dalam. Ahkak Vaderina pulak rupanya tunggu kat dalam kedai sushi lain. Hahahaha..Tulah, lain kali, kalau ada jumpa jumpa cenggini, make sure bateri hempon anda adalah full bar, okey.

Tengah makan, Delinn telepon,ada dah dia kat luar Sushi King tuh.ish..budak nih berpoya-poya pulak dengan Yam..hehe..

Ahkak Ijip datang le sekejap dengan memboyot2 gitu. Lepas makan free katanya, tu yang tak join kitaorg yang bayar sendiri. Dasar pelanduk, kan u ols...hehehe..

Abang Poii pun tak jadik datang, sebab kena hijack dengan Makcik A. Lain kalilah no..

Sekian.