Showing posts with label Tips rumah. Show all posts
Showing posts with label Tips rumah. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Makincik ! Sudah mau tutup blog kaa?

Haiyoh.

Tada la..Mek ketandusan idea, tandus bak tanah yang kering kegersangan, disinar terik mentari dan tiada berangin. Ahaks.

Malas nak cerita dah pasal diri sendiri nih. Tulis kemana aku gi, apa aku buat, sibuk je kan nak bagitau kat orang? Motif hapa pun tatau.

Tapi, kadang tu terasa nak share cerita-cerita yang kelakar ke, yang menarik ke, yang memberi pengajaran ke , kan..

Itulah pasal mek nak share satu lagi cerita misteri nusantara nih.. Ijip dgn Vad mesti dah teruja nih. kekeke.. Tapi, kali ni jangan risau, takde part 1 part 2 nak sambung sambung bagai.

Alkisah...Toyibbbb..alkisah maka tersebutlah kisahh.. Toyiibbb..

Satu hari, makincek telah mengemas rumah, mengemop lantai (dengan menggunakan Supermop 360 darjah). Haha, Dahsyat. Sambil tu, mek jua membuang sampah yang terkumpul sekian lama di dalam rumah itew.

Sedang makincek membawa sampah keluar, tetiba pintu gate makincek terbuka dengan sendirinya. Lepas terbuka tu, dia tertutup, lepas tu stop, lepas tu terbuka balik, lepas tu stop.

Makincek sudah saspen. Dalam hati makincek kata, "Ish..ko main pintu, mambang".
Tetapi, adalah pelik kerna hari itu siang yang terang benderang. Takkanlah ganggu cenggitu sekali.

Pastu makincek terusla mencari semua remote gate yang ada dalam kereta dan dalam rumah.

Laaaa..Patutla, ada satu remote tu tertindih dengan beg sekolah anak aku. Tu yang hantar signal bukak pintu tutup pintu gate tuh.

Perh..Sib baik tau..Makincek dah naik pelik dah, sampai tengok DB kot kot ada yang teroff ke, siap terpikir ada wayar short ke?

Sekian,kisah makincek yang ingin saya storikan dan sharekan.

Moral of de stori, sila simpan remote gate di tempat sepatutnya.

Toche.

Friday, March 6, 2009

Tips Di Rumah

Iya ibuk ibuk pemirsa di rumah, udah lamaa yaa kita ngak ketemu di ruangan tips bersama Makincek..

Untuk tips kali ini, kita akan membuat suatu Buat-Engko-Sendiri (DIY), yang merupakan perhiasan dinding ya puan-puan semua..

Mudah saja cara membuatnya ya, mula-mula sediakan secebis kain ya, kain ini boleh dibeli dimana-mana kedai menjual kain di seluruh negara , ataupun bolehlah menggunting daripada lebihan-lebihan buat baju, atau lebihan-lebihan kain di kedai kedai jahit berhampiran anda. Pastikan harga kain itu tidak mahal, tetapi cantek, okeyy..

Oklah, untuk kali ini, makincek beli kain kat Kedai Makcik Aikiah, dimana, dia ada jual serpihan kain langsir,kain ela..Beli yang potong2 potong lebihan harga murah itu..Ada yang 5 hengget, ada yang 7 hengget. Terpulang..

Lepas tu, beli frame besau, pastikan harga juga adalah murah, beli kedai Makcik Aikiah jugak, sebab tengah sale, dan frame besau nih harga RM13 hengget saje.


Kemdian, kita akan gosokkan kain itu ya, jangan gosok dengan tangan, gosok pakai seterika tauu. Ini untuk mempastikan bila digantung takla nampak renyuk redam.
Abis, korang ingat, korang je pakai baju kain siap beriron?

Gosok, jangan tak gosok.Gosok,lampu yang satu.Gosok,sampai kau nampak wajahmu.

Kemdian, amik frame tadi, lalu kita staplerkan kain tersebut pada belakang frame gambo tuh. Lagipun, frame belakang tu diperbuat dari kadbod, senangla korang menstaplerkannya yach.

*Bismillahirrohmanirrohim...*Singsing lengan, tunjuk gelang..lalu ..Haiyyyahhh!*

Setelah selesai stepler sambil menyumpah seranah sebab ada dawai kokot yang tak masuk bila distepler sampai lenguh-lenguh tangan, anda gantunglah masterpiece anda itu di dinding-dinding yang berdekatan, janganla kemaruk sampai gantung kat dinding umah jiran anda ya Cik Normah.

Selepas stepler haiyah..

Setelah digantung. *Haiyah lagi sebab nak ketuk dinding pakai mantol*

Lagi pandangan sisi..

Jumlah semuanya :
Kain : RM5.00 + RM 7.00
Frame dua bijik : RM13 + RM 13
Sumpah-seranah : Priceless
Kecantikan dan ala-ala masterpiece mahal gila : Priceless gaks..hehe..

Senang aja kan? Agak-agak boring, ater bolehler komer keghobek kain kain tuh, tukokan ajelah yang lain..

Sekian. Tips bersama makincek ya...

Buat-engko-sendiri ni telah datang ideanya sebab makincek dalam keadaan yang mau mengoccupykan kepala hotak kepada sesuatu yang lain...Sob sobbb.....

Tuesday, October 14, 2008

Kisah Pak Bakar

Tips-tips ketika baru bermula kebakaran.

Iya tuan-tuan dan puan-puan, itulah tajuk syarahan kita pada hari ini. Hari ini bersamaan 14 Syawal 1429H bersamaan hari Thalatha tun anwa'in.

Mula-mula, kita kena basuh baju dulu ya adik-adik. Mula-mula asingkan kain yang berwarna dan yang kurang warna, kalau bilangan kain yang diasingkan tu belum mencukupi satu load basuhan, sila delaykan pembasuhan kain yang itu sehingga cukup korum.

Tetapi, oleh kerana pada hari itu, kouta adalah mencukupi, maka masukkanlah kain berwarna itu kedalam mesin basuh, masukkan dua cedok (cedok ke hapa scoop tu ah)sabun maxclean, dan satu penutup penuh softener petal di dalam tempat letak softener.(Mak, kenapa mak pakai satu penutup penuh, mak tak sayang kami lagi? *Bodo je rasa iklan tu kan?)

Ok, kemdian anda boleh lepak kat depan sekejap, sementara nak bersiap-siap pergi beraya. Oh ya, lupa pulak, pastikan hari tu adalah hari Ahad ada rumah terbuka kat umah Ted.

Kemudian, anda pasti akan rasa perut memulas, dan masuklah ke toilet utk menambah pelaburan. Sedang anda syiok itu, anda mungkin terdengar bunyi 'spark' daripada bahagian dapur tempat anda membasuh kain. Anda juga mungkin akan buat muka pelik sambil berfikir, 'takkanla ada spark kat umah aku, kalau kat power stesen tu adalah dengar' lalu meneruskan pelaburan.

Kemudian, setelah selesai, anda perlulah memasak air untuk dimasukkan dalam termos sebab nak buat susu anak didalam perjalanan ke rumah terbuka disamping membasuh botol susu anak anda. Ketika anda mula membasuh, anda lihat di bahagian belakang tempat membasuh kain telah menjadi gelap dan penuh dengan asap, dan anda lihat plug di dinding sudah terbakar.

Kejadian seterusnya, anda terus menjerit 'API, BANG! APIII!' (Hohoho, first time in my life aku rasa aku jerit api!api!). Sambil menjerit tu jangan lupa amik fire extinguisher kat tepi almari pinggan mangkuk. Sila pastikan juga anda memang dah hafal macamana nak guna fire extinguisher itu. Janganlah time itu baru anda terkial-kial nak baca instruction macam cerita Monk dulu, siap ukur jarak semburanlah, hahaha..

Kemudian, husband anda datang, dan anda hulurkan fire extingusher itu kepadanya utk digunakan, oleh kerana cik hasben sendiri tidak membaca instruction sebelum ini, dia kata, "ala, lambatlah, ambil air dulu". Anda, yang memang dah baca instruction sebelum ini, di saat panik, masih lagi ingat ingat lupa, terus memotong plastik yang mengikat kepala pin dengan gunting dan mencabut pin, kemudian anda akan mengetest-drive kan fire extinguisher itu sambil fikir, 'macam ni ke pakai?'. Setelah powder fire extinguisher itu keluar dengan sekali semburan, anda terus menjadi super hero a.k.a ahlil bomba, lalu talakan fire extinguisher itu ke arah api dan semburrrrrr!* Yaaaah, sudduttt semburrrrr!Gerak geri gasing!*

Dengan sekali semburan, api itu padam, sungguh cepat kejadian itu berlaku, husband pun belum sampai dengan air yang dia kata nak amik itu. Amik air semayang ke hapo.(Kejadian itu sungguh pantas,mengambil masa 0.05 saat, mari kita saksikan sekali lagi dengan aksi gerak perlahan)
(*RALAT : Dalam keadaan kelam kabut, aku ingat Cik husband kata nak amik air, tapi, sebenarnya dia kata, nak tutup main switch. Memang kena off semua sekali yach, untuk mengelakkan berlaku litar pintas yang lebih buruk)

Kemudian, sebagai dua orang juruterror letrik yang berdedikasi, investigatelah punca kejadian. *Ini bukan cobaan.. Ini betul-betul kejadian*

Setelah dibincang dari bermulanya kedengaran 'spark'itu, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 'loose contact' antara plug mesin basuh dengan soket di dinding itu lalu menghasilkan percikan api. Percikan api yang panas itu terus membakar plastik soket itu.

Kemudian, anda mungkin akan rectify kerosakan itu. Jika anda bukan juruterror letrik yang terror, *ngehehehe, silalah panggil technician letrik mana-mana yang bertauliah utk buat wiring. Jangan taram saja.

Dan jika anda pasti anda boleh menukarnya, maka gantikanlah soket itu dengan yang baru. Sebelum tu, kena lah keluar kejap, beli soket dan plug. Sementara suami anda menukarkan soket itu, anda hendaklah membersihkan bahagian dapur yang penuh hitam dengan habuk asap plastik yang terbakar tadi. Anda juga perlu membasuh segala pinggan mangkuk yang tercemar sehingga kelihatan anda baru lepas buat kenduri.

Sekiah kisah Pak Bakar kali ini.

Pengajaran :
1. Jika ada peralatan letrik yang kuat draw current macam mesin basuh, air cond, make sure contact dia adalah baik, jangan pasang longgar-longgar, kalau ada bau, atau spark, terus cek, jangan tunggu. *ntah la , sebab time tu aku kat toilet, tu yg aku tunggu dulu, sekali dah terbakar banyak...
Inilah ghopernya soket yang terbakar tuh. Gambar blur, mesti tangan aku menggeletar lagi nih...hehehe..

Terbakar, kotor jelaga dia sampai ke ceiling.

2. Pastikan ada fire extingusher kat rumah, malang tak berbau, walaupun kali ni memang berbau plastik terbakar. Thank you , EVERSAFE, ABC Powder!!
Penyelamat bangsa, ailebyu!

3. Tak dapek pergi raya umah Ted lagi!!! waaaaaaaa...tapi, syukurlah aku tak sempat keluar, dan rumah dapat diselamatkan. Alhamdulillahhh, *ini hint kena buat kenduri ke rumah aku nih*

Sekian tips kali ni...Tataaa...

Wednesday, September 19, 2007

Tips nak dekat raya

Sudah lama makincek tidak memberikan tip-tips yang berguna untuk dipraktikkan oleh pembaca blog mak incek yang budiman.

Raya pun dah dekat kan, (makincek! sedo diri sikit! Puasa baru seminggu!) mestilah ramai adik kakak makcik waima pakcik pun jua sibuk nak mengecat rumahlah, mengemas rumahlah, dan siap muncung2 mulut dengan suami/isteri sebab tak bagi beli perabut baru kan?

Jangan macam tu, pakai je apa yang ada. Niha, mek nak bagi tips nih macamana nak mengemas cantik rumah anda.

1. "Indoor plants can reduce fatigue, coughs, sore throats and other cold related illnesses by more than 30%." Bagus, kan? Ini bukan saya cakap, scientist mana tah cakap.

Kalau di rumah anda kedapatan pokok cenggini: atau yang lebih2 kurang cengginilah, mesti dah berhabuk daun-daun dia semua kan? Macamana nak menjadikannya berkilat dan memancar mancar? Senang je. Mula-mula, amik secawan susu. Susu kotak ka, susu segar ka. * Koboi mana minum susu? Diam! Aku lesing ko kang!* Jadik, setelah itu, ambillah kain dan celup dalam susu lalu bersihkanla daun itu dengan susu tersebut. Mesti punya berkilat2 merelip2 u ols daun tu, tak caya teraila. Tapi, awas, jika umah anda ada anak kucing, maka dia akan menjilat2lah daun itu ikut sukati dia u ols..Ya, pastikan anak kucing anda semua dikuarantinkan semasa aktiviti ini.

Yang keduanya, bunga2 plastik kat rumah tu mesti dah penuh dengan habuk, kan? Nak basuh, kena cabut keluar jambangan bunga tuh, nanti tak retile cocok balik. Camno? Lagi sekali, mudah je, korang ada tak hair dryer kat rumah? Kalau tak de, ko pinjamla jiran sebelah umah ko. Kalau takde jugak, pergi umah mana2 pengantin baru, mesti ada hair dryer…hahahahahha..

Ok, so, korang pakailah hairdryer ni untuk melayangkan habuk2 tu keluar. Berkesan u ols.. Mana yang melekat sangat tuh, korang tarikle keluar pakai tangan anda yang halus yang tulus , yang mulus yang kudus itu..

Itu jela dua petua yang mak incek tau. Cau cin cau!