Showing posts with label kisah reban. Show all posts
Showing posts with label kisah reban. Show all posts

Tuesday, March 4, 2008

Kalau dah lama tak menulis, inilah jadinya..

Writer's block.

Ko ingat jalan je ada road block? Otak den niha pun. Sangat susah nak menulis, nak tulis apa pun tatau sebab idup macam tu jelah. Taklah macam ada orang tu yang sangat bizi berkempen, dan tidaklah circle of friends dia di kalangan orang reban jek..hehehe

Aku punya hidup pun centered around my family jek, keje n kawan2 luar tu kiranya sambilan lah.

Dan walau ke sambilan sambilan itu pun, sempat jugaklah aku pergi ke Mejlis BBQ Arang di rumah LB/Arc sempena menyambut pengantin-yang-dah-tak-berapa-nak-barew pulang dari honeymoonnya.

Sebenarnya, bagi orang dah kawenlah, kan. Kita honeymoon ni patutnya bukan dibuat immediately after kawen. Sebabnya yelah, kita akan membazirkan masa dalam bilik je.hahaha.Tak sempat nak berjalan bagai dengan sepenuh hati u ols.Yelah, macam budak baru dapat mainan baru, nak mainnn je kerjanya,kan?

So, patutnya dibuat kemudian, bila angin ribot tofan sudah reda gitu. So, moral of the story, yang lom kawen tu, bila kawen nanti, ingat pesan makincek ya. *Senyum balik langsir*

So, alkisahnya, aku sampai umah Arc dalam pukul 4.30 kot, sebab keluar umah dari Subang dedekat pukul tiga, terus tuju ke umah makcik. amik dia dan teruskan perjalanan ke umah Arc yang aku ingat-ingat lupa tuh. Dahle takde map bagai, call ajelah Delinn, Delinn tak ingat no umah plak. Ingat no jalan jek. Call Arc, bagi no umah, dan alhamdulillah, makincek ni kan pakar bab bab redah redah jalan nih..Main redahhh jek, dan sampai. Kata Arc patutnya 20 minutes jek, aku rasa aku amik sampai 45 minit kot. Padan muka, terer sangat.

Lepas sampai tuh, tak lama, hari ujan, jadik, abislah aku memekik, " Arccc! Angkat kain jemurannn! Ujan dah turunnnnn!"

Dulu masa first time Alang jumpa Zure kat umah arc ni pun time ujan, la nih, jumpa lagi sekali di umah arc pun ujan. Ujan rahmat tuh. Sejukkk perut pengantin.

Par : Damn! I forgot the arang!
Dit : Par, ko dah salah haluan nih, kita mau bakar ayam, bukan bakar arang!


Apapun, walaupun Dit, Par, LB, Wan, Angah,dan aku sendiri (pegang kejap jek) sibuk membakar arang, kehadiran Menaachi a/p Semivell sangat disyukuri oleh semua. Kena hargai orang yang bersusah payah cenggitu. Sebabnya, aku sendiri kali ni datang lenggang kangkung jek, cuma menyumbangkan skill kebibikan aku kat dapor sekejap. hehe. Dan ayam n udang dia memang superbbb! Dahle takmo kasik resepi! Kalau ko tak bukak betul itu kedai Mak Limah Cafe tu Limah, siap ko.

Time tu , aku suka banget masa Royce siap buat lakonan semula style Alangz bercakap first time, face to face dengan Zure, sambil bersimpuh..wahahahahaha..Cayalah Royce!

Apapun, kalau dah jumpa tu mesti lupa diri kan. Aku kata kat laki aku, balik before maghrib, sesedar dah nak dekat maghrib, 7.15pm gitu bertolak dari umah Arc, tumpang solat kejap umah makcik, jumpalah ds, dd, dan baby dylan yang sooo cute murah senyum itu dan terus bertolak ke rumah.

Dah, macam macam cerita aku kali nih, aku baru je abis tengok cerita Hello, My Lady. Citer Korea daaa..Setelah berapa lama tertangguh, sebab tak de masa. Bila outsteseng gitu, memalam ilang boring, tengoklah itu cerita. Waiem, betul ko cakap, itu cerita kureng umphh..Tapi, takpe , mek suka jugak..

Dahla, aku penat nak tulis apa lagik tatau.

Wednesday, February 13, 2008

Mini Gathering

Iya, mini gathering yang kecil kecilannnn.

Tengahari nih, out of kebosanan, hantar msg kat Angah,"Angah , ko makan lunch tak?"
Hahaha.Soalan,kan.Bukannya apa, selalunya orang pempuan ni suka skip lunch.hehehe..

So, dia kata "ofkossss...tapi aku takde kete". Haaa, senangggg.harusssla aku terus pergi zasss amik dia, lepas tu bergegas ke Emkop untuk amik Abg Poii pulak. Sebabnya Angah nak amik sekali ceklat anggur yang dibuat oleh Poii tuh untuk hantaran Zure.

So, lepas tu kitaorg pergi makan kat... laaa...apa kenama tempatnya tu ek, Piko piko?Pikolo mondo? Peke Lele? Nanti aku ingatkan balik.

Aku pergi sekali dulu dengan Ted. Sedap dan cosy tempatnya. Ada makanan western dan goreng2 mee gitu.

Tapi, aku tengok Poii mandomm jek..Tak macam selalu cerianya..Hmmm...Kenapa ek? Terasa ngan aku ke? Hehehhee.

Tapi, dalam pada mandom-mandom tuh, dalam pada aku hangat bergoss goss dengan Angah, tangan dia lajuu jek abiskan makan mushroom dalam pinggan aku..Sempat gak abiskan udang kat pinggan angah.hahahahah.Hah, itulah Poii yang aku kenal.

Macam-macam la cerita tadi keluar, daripada penuh restoran tuh dengan orang, sampai tinggal kitaorang jek dalam restoran tuh.hahaha.Punyalah.

Sempat jugak aku passkan something bawah meja kat Angah.hahaha.Yelah, kan.Kalau nak bagi , orang kata, biar tangan kanan bagi, tangan kiri tak tau.tu yang sembunyik dari tangan kiri tuh.

Aku tak amik gambo, tapi, Sempoii ada amik gambo.hehe.Poii, upload dalam blog aku cepat..:-)

Monday, February 11, 2008

Karangan untuk Che'gu Limah

Kenapa saya tidak datang ke majlis perkahwinan Alangz dan Zura.

Perkahwinan ialah satu perkara yang amat suci lagi menyucikan. Anda selalu kena menyucikan diri pada babak babak awal perkahwinan. Wakakaka.

Ianya perlulah diraikan, dan jika menerima undangan perkahwinan, kita hendaklah pergi kecuali ada aral ataupun masa yang ada itu sahaja, dan tidak membenarkan kita berada di dua tempat serentak.

Adapun, pada petang hari Rabu ini, saya akan bertolak ke Johor untuk bekerja di Pasir Gudang sehingga hujung minggu kerja iaitu hari Jumaat. Kemudian, saya perlu berada di Paka pula selama seminggu bermula hari Ahad. Ini adalah kerana hari Ahad adalah hari bekerja di negeri negeri Pantai Timur. Maka saya perlu bertolak ke Paka pada hari Sabtu kerana perjalanan ke Paka dari Johor mengambil masa seharian.

Saya akan berada disana sehingga tamat minggu bekerja iaitu hari Khamis. Kemudian, saya perlu menghadiri mesyuarat di Cameron Highlands pada hari Jumaat. Jadi, saya berharap agar dapatlah kerja itu disiapkan pada hari Khamis pagi untuk membolehkan saya bertolak semula ke Cameron Highlands selepas itu.

Kemudian, selepas meeting pada hari Jumaat itu, saya akan terus joli kat Cameron sampai ujung minggu, duduk situ, bersama-sama Delinn yang katanya akan berada disitu jugak, tapi mungkin duduk lain bilik.

Kesimpulannya, itulah sebab musabab saya tidak dapat menghadiri majlis yang sangat bersejaroh bagi Geng Reban. Selamat berchatting di alam nyata u ols.

Wassalam.