Thursday, December 11, 2008

Poii dah bersalin!!!

Ngehehe...

Kasik gempak tajuk jer...

Setakat aku tulis ni , masih belum ada sms kata dia dah bersalin, so aku assume belum lagilah tu kan..

Oh, semenjak dua menjak nih, mandom je rasa , semandom cuaca yang asyik hujan je di waktu petang.
Aku takde cuti, cuti macam biasalah, cuti raya hari tu satu hari, pastu selasa kerja balik.

Dekat opis tadi, punyalah bosan nak tunggu time balik lima suku, sempat lagi tuh , goss goss dengan akak cleaner merangkap tea lady merangkap tukang cuci rumahtangga di waktu weekend. hehe

Dia cerita tentang masa dia mula-mula datang dulu, kerja di rumah orang, kalau ikut bahasa dia,"kerja rumahtangga".
*basuh rumahtangga, basuh rumah kecik dibelakang tu pun, sssaya*

So, dia ceritala, dia nih pun dulu masa mula-mula datang, tak tau cakap melayu. Dia kata dulu, dia kerja kat rumah doktor, ada dua orang gajian, sekali makincek rumah tu mintak dia tolong angkat tilam. Dia tak paham tilam tu apa, diambiknya kain cadar. hehe.

Kawan dia lagi sorang tu lagi bes. Majikan kata, " Pergi gosok baju nih". Dia ni pun tak berapa paham, gosok tu apaan sih, makanya, apa dia buat, dia pergi basuh kain tuh..hehe. Dia fikir, gosok kain tu maksudnya, "berus kain". *gosok? apa sih gosok? dikocok kocok ya ngerti*hehehe..

So, kekdahnya, bila majikan dia tanya, "Dah gosok baju tadi?" Dia jawap,"Udah buk, udah di jemuran!" Hahahahhaa...Gelak besar aku kat pantri tadik...

Pandai jugak buat lawak akak cleaner ni rupanya...

No comments: